,
Laman Utama

Keluarga Altantuya Menang Saman RM5 Juta

Gempak
16/12/2022
07:55 MYT
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan saman yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006 lalu, terhadap empat defendan termasuk kerajaan Malaysia.
Hakim, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang kini Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan demikian ketika prosiding dijalankan menerusi aplikasi Zoom.
Ketika membaca keputusan penghakimannya, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati keluarga model Mongolia selaku plaintif pertama hingga ketiga, berjaya membuktikan kes mereka terhadap defendan kedua dan ketiga.
"Mereka telah menjalankan tugas sebagai pegawai polis, telah menggunakan sumber yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia dan penghakiman dibuat atas liabiliti terhadap keempat-empat defendan,” katanya
Menyentuh ganti rugi yang dimohon pihak plaintif sebanyak RM100 juta, beliau berkata, jumlah itu adalah berlebihan dan tidak boleh ditakrifkan berdasarkan prinsip sahaja.
Menurutnya, RM5 juta adalah adil dan memadai untuk diberikan sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan.
Hakim turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada setiap plaintif.
Bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya iaitu Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007 yang mendakwa kematian model itu menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.
Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan masing-masing defendan pertama hingga keempat.
Bagaimanapun nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila dia meninggal dunia pada 2017.
Seramai 26 saksi plaintif termasuk bapa serta anak sulung Altantuya memberi keterangan dalam perbicaraan itu yang bermula pada 2019 manakala defendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih untuk tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman itu.
SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bunuh Altantuya: Hukuman Mati Azilah Diganti Penjara 40 Tahun, 12 Sebatan

gempak
10/10/2024
08:00 MYT
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri yang membunuh seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, menggantikannya kepada hukuman penjara selama 40 tahun.
Hiburan

“10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam

gempak
09/10/2024
03:03 MYT
Selepas sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya usahawan dan pempengaruh, Cik Epal mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam.
Hiburan

Mahu Jaga Aib, Fattah Amin Ada Simpan Rahsia Fazura - “Saya Pun Dah Bersetuju Untuk Tidak Failkan Nusyuz”

gempak
07/10/2024
09:55 MYT
Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa dia ada menyimpan satu rahsia berkaitan bekas isterinya, Fazura.
Hiburan

Fattah Amin Sebak Terpaksa Tipu Anak, Keluar Rumah Atas Faktor Kerja - “Dia Nak Saya Balik Rumah..”

gempak
07/10/2024
07:55 MYT
Pelakon, Fattah Amin akui kesal apabila kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri, Nur Fazura memberi kesan kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Hiburan

Tiba Di Prosiding Kedua Kes Perceraian, Ini Harapan Fattah-Fazura

gempak
07/10/2024
02:00 MYT
Pelakon Nur Fazura menyatakan hantaran ‘quote’ yang dimuat naik pagi tadi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kemelut rumah tangganya.
BorakSeeni