,
Laman Utama

Kelonggaran SOP Termasuk Rentas Negeri Diketahui Hari Ini?

Awani
13/09/2021
16:10 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual mengadakan pertemuan dengan tiga rakan Kabinet pada Selasa bagi membincangkan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik.
Menurut beliau, tiga menteri yang akan ditemuinya ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Hishammuddin berkata, dalam pertemuan itu, beberapa agenda akan dibincangkan termasuk berkaitan perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu, gelembung pelancongan dan naratif untuk memasuki fasa endemik.
“Pertama, kita akan lihat kepada keputusan-keputusan kelonggaran yang telah pun diumumkan kepada orang ramai dan bagaimana SOP yang sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami. “Ini memerlukan input daripada keempat-empat menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkoordinasikan input daripada empat pihak ini.
“Tan Sri Annuar Musa boleh bantu untuk ceritakan dan maklumkan kepada orang ramai melalui platform sedia ada,” kata beliau dalam sidang media di Wisma Pertahanan di sini pada Isnin.
Tambah beliau, penelitian juga akan diberikan kepada kelonggaran yang dipersetujui sebelum ini di mana ia perlu diperhalusi sebaiknya sebelum diumumkan kepada orang ramai. Katanya lagi, agenda untuk memasuki endemik turut diberikan perhatian.
“Dalam konteks endemik, bagaimana kita boleh cari jalan untuk hidup dengan COVID-19 ini. Kita dah umuman bahawa pendekatan ini akan diputuskan pada hujung Oktober.
“Begitupun, pemikirannya perlu dibincangkan daripada sekarang dan itu merupakan sebahagian daripada agenda kita esok (hari ini),” ujarnya.
Begitupun, Ahli Parlimen Sembrong itu tidak memperincikan waktu dan lokasi pertemuan tersebut dan hanya memberitahu ia akan diadakan hari ini.
Hishammuddin dalam kenyataan pada minggu lepas memberitahu kerajaan sedang meneliti kelonggaran bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian lebih bebas dalam norma baharu.
Begitupun, katanya, dalam masa sama kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi nyawa serta kesihatan rakyat di samping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Jelasnya, kelonggaran itu termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor.
Kredit Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.