,
Laman Utama

#Keliwon: "Jangan Sebut Balan Balan, Dia Boleh Dengar... Nanti Dia Datang!" - Bella Astillah

Amri Hassan
02/09/2021
13:11 MYT
Hutan, paya, sungai, laut, bukit dan gunung, semua kawasan yang bukan menjadi tempat tinggal manusia, dihuni makhluk dari alam ghaib.
Ada yang bilang makhluk halus, syaitan, jin, bunian, langsuir atau hantu raya boleh melihat kita. Namun, manusia tidak boleh berbuat demikian.
Tapi, ada juga sebilangan kecil kejadian kita dapat melihat makhluk dari alam ghaib, sepertimana yang terjadi kepada pelakon Bella Astillah baru-baru ini.
Cerita Bella, dia biarpun tidak jelas sosok yang dilihatnya, namun kisah yang terjadi ketika menjalani penggambaran Malaysian Ghost Stories di Perak benar-benar menyeramkannya.
Kata Bella, kejadian itu berlaku sekitar pukul 7 malam apabila dia dipanggil oleh jurusolek yang mula nampak lembaga tersebut.
"Seorang jurusolek memanggil saya, katanya dia ternampak sesuatu di belakang chalet tempat penggambaran itu.
"Ketika itu jam pukul 7 malam dan dia menyuruh saya sendiri pergi melihatnya.
"Mula-mula tak nampak apa-apa, kemudian saya merakamkan suasana di lokasi berkenaan dan apabila saya zoom in memang ada!
"Satu kelibat berwarna putih berdiri di tepi sungai yang dikelilingi pokok-pokok kelapa sawit. Memang menyeramkan!" kata Bella.
Sebenarnya bukan hanya Bella, ada juga beberapa kru produksi yang ternampak akan kelibat terbabit sepanjang penggambaran dijalankan.
"Mujur saya tidak panik atau lemah semangat lepas nampak kelibat itu.
"Tak ada demam atau melalui perasaan aneh-aneh. Lagipun saya ditemani tenaga kerja lain sepanjang penggambaran... Tak adalah takut sampai nak cancel shooting.
"Tapi saya sempat hubungi mama dan maklumkan situasi itu. Dia minta saya membaca ayat suci al-Quran dan tak payah fikir fasal apa yang saya nampak tu," kongsi Bella lagi.
Menerusi siri Malaysian Ghost Stories, Bella digandingkan bersama Zahiril Adzim untuk episod berkenaan mitos hantu Balan Balan yang popular dengan penduduk di Sabah.
"Saya selalu dengar fasal Balan Balan tapi tak pernah melihatnya.. Tapi nenek dan bapa saudara saya pernah bercerita dan mereka pernah nampak.
"Kata orang jangan sebut atau fikir pasal Balan Balan nanti hantu tu boleh mendengarnya... nanti dia datang," cerita Bella lagi.
Untuk menonton sendiri kisah Balan Balan, saksikan Malaysian Ghost Stories yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria dan Ria HD.
Ada banyak lagi kisah-kisah hantu dan seram yang diangkat antaranya pontianak, langsuir, pelesit, toyol, kum kum, pocong, hantu raya dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.