,
Laman Utama

#Keliwon: Ingatkan Buat Aksi Senam Berirama, Rupanya Kena Tarik Dengan Hantu Air

Maliah Surip
23/09/2021
15:25 MYT
Beberapa minggu kebelakangan ini penulis banyak terbaca mengenai kejadian lemas antaranya kerana cuaca yang kurang baik. Ada yang meninggal dunia kerana bot terbalik, lemas kerana tergelincir dan terkena limpahan tali air.
Kemudian penulis ada menonton salah satu episod drama Malaysia Ghost Story yang menyentuh tentang hantu air.
Pengalaman yang penulis ingin kongsikan ini bukanlah nak kaitkan kes kes lemas yang terjadi dengan kisah mistik.
Cuma hal ini membuatkan penulis teringat tentang zaman remaja dulu yang ada berkaitan dengan kisah lemas dan air.
Waktu habis ambil peperiksaan SPM, kami segerombolan dalam 18 orang geng lelaki dan perempuan menghabiskan masa dengan mengunjungi salah sebuah destinasi perkelahan di Selatan negeri.
Kalau kenang semula perjalanan ke waterfalls tersebut, memang seronok, apa lagi bila penulis melihat kepada foto foto lama yang kami rakamkan sewaktu berada di sana.
Masa itu kami punyalah seronok. Daripada tingkat paling tinggi sampai ke kawasan rendah yang mana kolam tersebut biasanya menjadi pilihan ibu bapa dan anak bermain, semua kami jelajah.
Kami memulakan perkelahan dari tingkat paling tinggi. Selepas puas bermandi manda, sementara menunggu rakan rakan lain bersiap selepas mandi, adalah dalam empat hingga lima orang teman ambil keputusan untuk berendam dalam kawasan kolam yang tak berapa dalam.
Penulis tidak ikut berendam kerana tidak tahu berenang. Jadi penulis hanya duduk di tepi bersama beberapa kawan yang lain.
Kami pun lihatlah teman teman yang tengah mandi berendam ni bergurau senda dalam air. Pada mulanya tak ada apapun yang aneh.
Mereka saling lumba berenang dan main percik percik air. Sesekali mereka nampak berlawak. Dan kemudian salah seorang daripada kawan perempuan kami tiba tiba nampak seperti sedang membuat aksi senam berirama dalam air.
Apa lagi kami yang duduk di tepi pun semangat beri sokongan. Siap bertepuk tangan lagi, sebab ingat kawan kami ini sedang berlawak dengan membuat aksi renang berirama dalam air.
Namun beberapa minit selepas itu baru kami semua sedar bahawa dia sedang lemas apabila tiba tiba kepalanya tenggelam timbul dengan tangan melambai lambai.
Panik melihat kejadian itu, salah seorang daripada rakan lelaki kami terus terjun dengan pakaian yang baru diganti. Alhamdulillah, teman kami dapat diselamatkan.
Long story short. Selepas diselamatkan, kami tarik teman kami naik ke atas. Wajahnya sangat pucat barangkali terkejut dan takut bercampur. Iyalah jika mengikut pandangan mata kasar kami, kolam atau tapak mandian yang mereka mandi tidak terlalu dalam, tidak juga terlalu cetek.
Jika kami berdiri di dalamnya, ia adalah sekitar paras ketiak. Jadi ia akan kelihatan dalam bila berenang, manakala dalam posisi berdiri, adalah sangat selamat kerana tidak dalam.
Bagaimanapun menurut teman penulis, apa yang terjadi seperti sebaliknya. Sewaktu berdiri, dia tiba tiba berasa seperti tergelincir.
"Kemudian aku rasa seperti direntap atau ditarik dengan sangat kuat. Sebab itu pada mulanya korang nampak aku macam buat gaya bebas senam berirama dalam air," cerita teman penulis yang masih sempat berlawak.
Dia menyambung ceritanya: "Jadi aku cuba lawan. Bahagian betis aku seperti dicengkam dengan sangat kuat dan bila aku tendang, badan aku ditarik dengan lebih kuat sampai tidak boleh nak berenang. Sebab itu akhirnya bila dah penat korang nampak aku tenggelam timbul dan terkapai kapai."
Kejadian yang terjadi sekelip mata itu bukan hanya disaksikan kami, tetapi ramai pengunjung lain. Beberapa orang yang sedang mandi dalam kolam yang sama cepat cepat membawa anak keluar. Semua terkejut sebab seperti yang penulis nyatakan tadi, kawasan tersebut adalah antara kawasan terendah dan paling selamat untuk bersantai, tetapi lain pula jadinya.
Betul, sehingga kini kenangan tersebut masih segar dalam ingatan penulis. Sebab itulah pertama kali penulis berhadapan dengan kisah misteri atau mistik saat berkelah. Sebab peristiwa itu juga, penulis agak takut untuk mandi manda kalau tak nampak sehingga ke dasarnya.
So penulis akan ala ala feeling main renjis air atau rendam kaki sampai buku lali saja sebab trauma pengalaman lama teman terjadi pada penulis.
Dan satu lagi, selepas peristiwa tersebut, jika kami semua keluar bersuka ria seperti riadah atau berkhemah misalnya, kami akan pakai pesanan orang tua tua; Jangan terlalu suka takut nanti berduka.
Kredit Foto: Flickr
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Hiburan

Siap Bersilat Satu Bilik, Pegang Keris ‘Ghaib’, Janna Nick Kongsi Semula Momen Ashraf Muslim Buang Sakanya - “Saya Tak Percaya..”

gempak
24/08/2024
05:55 MYT
Pelakon, Janna Nick tampil menceritakan semula momen mistik yang dialami dirinya sewaktu ketika dahulu.
Hiburan

Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”

gempak
30/07/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengarah Pierre Andre berkongsi pihak produksi dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Paradoks menggunakan mayat sebenar bagi tujuan penggambaran.
Hiburan

Produksi Paku Tanah Jawa 'Diganggu' Ketika Shooting Dalam Hutan Yogyakarta! - "Ada Babak-Babak Ritual Dilakonkan..."

gempak
20/06/2024
11:51 MYT
Gunung Tidar yang terletak di bahagian selatan Kota Magelang, Jawa Tengah secara umumnya cukup terkenal dengan ‘paku’ Tanah Jawa.