,
Hiburan

Keliru Nak Wish Ke Tak? Ini Sebenarnya Hukum Ucap Merry Christmas Buat Yang Beragama Islam!

Hanafis Haris
23/12/2019
17:16 MYT
Esok seluruh penganut agama Kristian bakal menyambut perayaan Natal atau Christmas.
Maka dengan itu ramailah akan mengucapkan 'Merry Christmas' kepada rakan-rakan, sama ada secara lisan ataupun hanya di media sosial.
Persoalannya, adakah ia boleh dilakukan mereka yang beragama Islam? Tidakkah berdosa?
Jika ada yang masih keliru, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah tampil menjelaskan isu berkenaan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tahun lalu.
"Apabila isu ini masih berulang lagi saban tahun, kami terpanggil untuk menekuni semula isu ini dan membuat sedikit kajian ilmiah.
"Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah ketiga terbesar di Malaysia iaitu mencapai 9.2% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.
"Melihat kepada hal ini, keberadaan dan hak mereka untuk hidup bersama-sama sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia perlu diraikan dengan sewajarnya," katanya.
Tambahnya, selepas melihat dua pandangan dan juga situasi semasa di Malaysia, kami berpendapat ucapan Merry Christmas kepada penganut Kristian dan seumpamanya adalah diharuskan dengan syarat-syarat dan garis panduan yang khusus.
"Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar.
"Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam," katanya.
Untuk mendalami segala perincian berhubung isu ini, anda boleh baca dengan lebih lanjut di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.