,
Berita

Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia

Gempak
21/10/2024
08:50 MYT
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam hantaran di Facebooknya meluahkan rasa syukur selepas negeri ini dilaporkan sebagai kedua paling selamat di Malaysia.

Kelantan Kedua Paling Selamat

Beliau berkata, maklumat tersebut hasil laporan terkini mengenai kadar jenayah di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail yang dikongsi oleh The Vocket.

"Kelantan tangga kedua negeri paling selamat di Malaysia. Kita bersama membina Kelantan Maju Rakyat Sejahtera, insya-ALLAH," katanya pada Ahad.

Menurut kenyataan tersebut, Sabah mencatatkan indeks jenayah paling rendah dengan skor 95, menjadikannya negeri yang paling selamat di negara ini pada tahun 2023.
Kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan dengan indeks jenayah 96, manakala Terengganu berada di tangga ketiga dengan skor 100.
Merujuk laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail, tahap jenayah di Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak 3.2 peratus tahun lalu, dengan indeks jenayah keseluruhan yang melibatkan kes serangan dan jenayah harta benda naik kepada 52,444 kes berbanding 50,813 kes pada tahun sebelumnya.
Ini bermakna kadar jenayah bagi setiap 100,000 penduduk turut meningkat kepada 149 berbanding 146 pada tahun 2022.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, terdapat lima negeri yang mencatatkan kadar jenayah lebih tinggi daripada purata nasional.
Kuala Lumpur mencatatkan angka tertinggi dengan kadar 221, diikuti oleh Selangor dengan 196, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing dengan 193, serta Negeri Sembilan dengan kadar 159.
Untuk rekod, pada pertengahan tahun ini Malaysia berada pada kedudukan ke-10 sebagai negara paling selamat di dunia secara keseluruhan dalam Kedudukan Indeks Keamanan Global (GPI) 2024.
Laporan yang diterbitkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpangkalan di Sydney, Australia ini turut mengangkat Malaysia sebagai negara ketiga paling selamat di Asia Pasifik, di belakang New Zealand dan Singapura.
Pencapaian ini dipengaruhi oleh beberapa faktor global yang menyaksikan kemerosotan tahap keamanan di 97 negara akibat konflik di Gaza dan Ukraine.
Konflik ini juga menyumbang kepada peningkatan pelarian, yang seterusnya memberi impak besar kepada ekonomi global dan meningkatkan tahap keganasan kepada 19.1 trilion pada tahun 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Memilih Orang Johor, Wanita Anggap Lelaki Kelantan ’Red Flag’ Undang Kecaman - “Untuk Buat I Happy Around 15K To 20K”

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Sarkas UK Datang Kelantan, Hanya Ahli Sarkas Lelaki Dibenarkan Perform!

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2025: Fail Warna Hitam Tarik Perhatian, Rupanya Beg Songket Tenunan Kelantan Jadi Pilihan PM, Ini Maksudnya

ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Kelantan Optimis Capai Sasaran 2.5 Juta Pengunjung Tahun Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran Imam Tarawih Di Kelantan Cecah Lima Angka

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

gempak
08/11/2024
00:55 MYT
Berita penangkapan seorang penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan ditangkap bersama lima rakan kerana memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu turut mendapat liputan media massa Thailand.
Viral

Anak Muda Kelantan 'Banjiri' Golok Untuk Berhibur - "Hari Biasa Ramai, Hujung Minggu Lagi Ramai"

gempak
05/11/2024
01:57 MYT
Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu.
Hiburan

Nama Dipetik Terkait Kes Penahanan Pil Kuda di Thailand, Idayu Tampil Pertahankan Diri - "Ramai Betul Yang Tag Kita…"

gempak
03/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Idayu menafikan dakwaan dirinya antara yang ditahan oleh polis kerana disyaki memiliki ribuan pil kuda di Sungai Golok,Narathiwat, Thailand.
Hiburan

Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ditahan Bersama Pil Kuda?

gempak
02/11/2024
06:20 MYT
Seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.
Hiburan

"Saya Tak Boleh Menjanda Lama-Lama" - Ina Naim Nikah Semula Demi Anak-Anak

gempak
31/10/2024
09:20 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad yang juga penyanyi, Ina Naim memberitahu dirinya tidak boleh bersendirian dan perlukan teman hidup demi anak-anak.
Unitar