,
Hiburan

Kekal Positif, Perceraian Artis Tak Buat Azira Shafinaz Takut Kahwin - “Setiap Orang Lalui Kesukaran Hidup…”

Mya Amri
15/10/2024
13:55 MYT
Pelakon, Azira Shafinaz tidak bimbang untuk berkahwin walaupun banyak kes perceraian yang berlaku dalam kalangan selebriti tanah air.

Mahu kekal positif, tak takut kahwin

Menurut Azira, setiap pasangan pasti akan berdepan dengan pelbagai dugaan dalam melayari rumah tangga namun dia mahu kekal positif dan tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu.

"Tidak terganggu ataupun beri kesan kepada saya. Setiap orang melalui bermacam kesukaran hidup.

"Saya sendiri tidak ambil perkara tersebut sebagai satu benda yang boleh menakutkan saya untuk ke alam perkahwinan.

"Bagi saya, cuma doakan semoga saya cepat kahwin," katanya.

Azira berkata demikian ketika ditemui semasa sesi penggambaran One Cent Thief 2 baru-baru ini.

Mahu fokus kerjaya

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, anggota kumpulan De Fam itu tiada jawapan tepat kerana fokusnya lebih tertumpu kepada kerjayanya.

"Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Doakan untuk saya sebab saya memang dah bersedia.

"Kalau nak kata berbincang, memang dah lama memperincikan hal ini tetapi kalau ada, ada lah.

"Buat masa sekarang saya tumpukan sahaja kepada diri sendiri dan karier. Apa-apa akan didedahkan nanti kalau sudah tiba masanya," ujarnya.

Sebelum ini, Azira pernah memaklumkan dia menunggu masa paling tepat untuk bergelar isteri kepada lelaki yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Video Temu Bual Jadi Tular, Azira Shafinaz Bangga Dengan Kejayaan Ibu - “Orang Selalu Cakap Muka Saya Bila Dah Tua Macam…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Berhak Bahagia, Semoga Bertemu Jodoh Yang Baik-Baik” - Tak Iri Hati, Azira Shafinaz Sentiasa Doakan Sharnaaz

ARTIKEL BERKAITAN:Talbis Iblis: “Multitalented! Boleh Jadi Calon FFM Pelakon Wanita Terbaik Ni!” - Lakonan Azira Shafinaz Dipuji

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Belajar Macam Mana Nak Fight” - Azira Shafinaz Teruja Pertama Kali Lakonkan Babak Aksi Dalam One Cent Thief

ARTIKEL BERKAITAN:Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!

Malah pada September tahun lalu, dia juga pernah memberi bayangan seolah-olah bakal mengakhiri zaman bujang apabila berkongsi ucapan istimewa buat kekasihnya.
Kemudian pada awal 2023 pula, Azira pernah mendedahkan hatinya sudah dimiliki dan bahagia menyulam kasih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Unitar