,
Laman Utama

Kejutan Terbesar Dalam Gossip Girl Indonesia Malam Ini! Siapakah Vanessa?

Hanafis Haris
14/03/2022
12:17 MYT

Episod terbaru Gossip Girl Indonesia malam ini dan pastinya bakal memberi kejutan terbesar dalam kehidupan remaja-remaja kaya Jakarta ini.

Menerusi ‘teaser’ episod enam yang dimuat naik di platform media sosial Astro Shaw, kelihatan Blair dan Chicco sedang menghadiri parti hebat dengan tema ‘bertopeng’.

Nampak gayanya Blair dan Chicco seperti mempunyai perancangan licik yang berbaur negatif.

Namun tidak pasti sama ada ia ditujukan kepada Serena ataupun Nathan.

Apa yang pasti, segala perancangan yang hasil cetusan idea Blair dan Chicco sangatlah bahaya.

Dalam pada itu, satu lagi kejutan telah berlaku apabila rakan baik Dan iaitu Vanessa secara tiba-tiba muncul di rumahnya.

Apakah tujuan sebenar Vanessa? Adakah dia mempunyai hubungan istimewa dengan Dan? Jika ya, bagaimana pula nasib Serena?

Nantikan episod enam yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 jam 9 malam ini.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Keluarga Kembali Bergolak Di Bulan Ramadan? Isu Lebih Panas Menanti Episod Akhir Gossip Girl Indonesia Malam Ini!

gempak
04/04/2022
10:01 MYT
Ala dah nak habis?
Laman Utama

Berakhirnya Cinta Teragung, Siap Kantoi Berpelukan Dengan Gadis Muda? Geram Betul Episod 8 Gossip Girl Indonesia!

gempak
29/03/2022
10:46 MYT
Alamak!
Laman Utama

Hubungan Cinta Makin Intim, Tapi Paling Tak Sangka Ada Yang Berlaku Curang? Makin Panas Gossip Girl Indonesia Malam Ini!

gempak
21/03/2022
11:26 MYT
Alamak apa sudah jadi ni
Laman Utama

Kalah Teruk ‘Si Devil’, Siap Separuh Bogel! Tersenyum Lebar Bidadari Jenny Dalam Episod 6 Gossip Girl Indonesia

gempak
15/03/2022
13:14 MYT
Alamak apa cerita?
Laman Utama

Kantoi Mencuri Tapi Masih Mampu Tersenyum? Apa Rahsia Jenny? Nantikan Jawapannya Di Episod 6 Gossip Girl Indonesia!

gempak
09/03/2022
06:50 MYT
Alamak!