,
Hiburan

"Kejam! Tergamak Guna Isu Sakit Saya Demi Nak Dapat View" - Anita Baharom Terkilan Difitnah Sedang Terlantar Gara-Gara...!

Hanafis Haris
15/07/2020
04:03 MYT
Pelakon Anita Baharom terkilan apabila munculnya sebuah video di YouTube yang menyebarkan fakta tidak betul berhubung situasi terkini kesihatannya.
Tambah memburukkan keadaan, tajuk yang digunakan itu seakan menimbulkan fitnah apabila mendakwa Anita kini sedang terlantar.
Menceritakan kepada Gempak, Anita berkata dia terkejut apabila secara tiba-tiba dihubungi oleh saudara mara, jiran serta komuniti masjid mahu menziarahinya.
"Saya waktu tu ada di luar, tiba-tiba ramai yang telefon kata nak datang ziarah. Bukan saja kakak, sampai geng masjid pun kata nak ziarah.
"Rupanya, mereka datang tu selepas tonton video di YouTube bertajuk 'Terlantar Sakit, Netizen Terkejut Dan Tak Sangka Lihat Keadaan Anita Baharom Sekarang'.
"Terkejut la saya bila masa pula saya terlantar," katanya.
Menurut Anita, bukan hanya tajuk yang digunakan keterlaluan, malah saluran YouTube itu turut menggunakan gambarnya yang baru melahirkan anak di ward pada enam tahun lepas untuk mensensasikan video tersebut.
"Channel ini tidak pernah interview saya, hanya mengambil dari pihak lain tanpa kebenaran. Kejam! tajuk yang mengelirukan telah membuat saya sangat sedih.
"Boleh ya mempermainkan keadaan kesihatan orang macam ni.
"Saya positif dan lawan sakit saya ni kerana Allah, saya kuatkan semangat lawan sakit saya senang-senang je pihak ini gunakan tajuk tentang sakit.
"Kalau nak jadi wartawan tolong laa jadi wartawan yang beretika dalam membuat laporan. Jangan buat kerja mudah hanya mengambil hasil kerja orang," katanya,
Tambah Anita, buat semua rakan dan sahabat terdekat termasuk di media sosial diharapkan tidak terpedaya dengan fitnah video tersebut.
"Saya sekarang dalam keadaan sihat tidak terlantar seperti tajuk artikel di atas.
"Yaa saya pejuang SLE, cerita tentang saya sakit tak boleh jalan tu semua berlaku sebelum-sebelum ni yang mana sekarang alhamdulillah Allah berikan kesihatan pada saya sedikit demi sedikit.
"Masih ada sakit tapi bukan laa sekarang ni tengah terlantar. Mohon doakan saya sembuh sepenuhnya kuasa Allah siapa yang tahu.
"Terima kasih atas doa kalian saya doakan Allah berikan kebaikan buat anda juga," katanya.

Assalamualaikum Saya kecewa dengan Tajuk2 sensasi yg digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Channel ini tidak pernah interview saya , hanya mengambil dari pihak lain tanpa kebenaran untuk di publish. Kejam ! TAJUK YANG Missleading ni telah membuat saya sangat sedih dan pada yg sama rakan2 jiran, geng2 masjid saya semua hubungi saya ingat saya ni tgh terlantar sakit. “TERLANTAR SAKIT. NETIZEN TERKEJUT DAN TAK SANGKA LIHAT KEADAAN ANITA BAHAROM SEKARANG....” ape??? Pihak Awak nak letak tajuk yg panas2 ini berkaitan dengan sakit / keadaan kesihatan. Bole yee mempermainkan keadaan kesihatan orang mcm ni. Tajuk awak lain isi kandungan cerita yg pihak awak ambil dr org lain x der pun tentang netizen terkejut tengok keadaan ... Saya positif dan lawan sakit saya ni kerana Allah.. saya kuatkan semangat lawan sakit saya.. senang2 pihak awak gunakan tajuk tentang sakit saya ni dan gambar yang saya baru melahirkan anak di ward pada 6 tahun lepas untuk mensensasikan artikal tersebut. Kalau nak jadi wartawan tolong laa jadi wartawan yg beretika dalam membuat laporan. Jangan buat kerja mudah hanya memperlagait hasil kerja orang. Sekian . Buat semua saudara mara sahabat2 ig, fb dan semua yang mengenali diri saya... saya sekarang dalam keadaan sihat.. tidak terlantar seperti tajuk artikal di atas. Yaa saya pejuang SLE.. Cerita tentang saya sakit tak bole jalan tu semua.. berlaku sebelum2 ni.. yg mana skrg alhamdulillah Allah berikan kesihatan pada saya sedikit demi sedikit.. masih ada sakit tapi bukan laa sekarang ni tgh terlantar. Mohon doakan saya sembuh sepenuhnya kuasa Allah siapa yang tahu.. terima kasih atas doa kalian.. ? saya doakan Allah berikan kebaikan buat anda juga.. . #maskonchannel

A post shared by Anita Baharom (@anitabaharom) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terima DM Netizen Kurang Ajar, Amira Othman Simpati Dengan Wany Hasrita - “Kesian, Tak Ada Dosa Pun Kena…”

gempak
18/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Amira Othman berkongsi video memperlihatkan rakan baiknya yang juga penyanyi Wany Hasrita membuka mesej peribadi (DM) daripada netizen di Instagram miliknya.
Laman Utama

“Tiada Dalil Kata Tak Cukup Setahun Bergelar Ibu Tunggal Dosa Bernikah” - Anita Baharom

gempak
23/12/2022
00:00 MYT
Tak salah pun sebenarnya kan
Laman Utama

Anita Baharom Selamat Bernikah, Pilih Duda Anak 8 Sebagai Suami

gempak
22/12/2022
04:09 MYT
Tahniah Anita dan suami
Laman Utama

"Syurga Ita Dah Tak Dak Mak" - Hari Ibu Berendam Air Mata, Ibu Anita Baharom Meninggal Dunia

gempak
08/05/2022
23:55 MYT
Salam takziah buat keluarga Anita Baharom.
Laman Utama

Suami Anita Baharom Meninggal Dunia

gempak
01/01/2022
02:37 MYT
Salam takziah...
Unitar