,
Berita

Kejam! Gagal Rogol Anak Tiri, Warga Nigeria Bunuh, Campak Cucu Lelaki Dari Tingkat Tiga

Maliah Surip
29/11/2020
22:40 MYT
Seorang lelaki warga Nigeria bertindak kejam apabila mencampakkan seorang kanak kanak berusia empat tahun dari tingkat tiga sebuah apartmen di Danau Kota, Kuala Lumpur, sekitar pukul 8 pagi, Ahad.
Tindakannya itu dilakukan selepas dihalang merogol ibu kanak kanak terbabit yang juga merupakan anak perempuan tirinya berusia 24 tahun sewaktu sedang tidur di ruang tamu sebelum dihalang isteri serta anak-anak yang lain.
Menerusi laporan Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, sebelum bertindak sedemikian, berlaku pergaduhan antara suspek yang berusia 42 tahun dengan isterinya warga tempatan berusia 48 tahun.
Pergaduhan itu, kata Nik Ros Azhan, dipercayai berpunca daripada perbuatan suspek yang cuba merogol salah seorang anak tirinya yang juga ibu kepada kanak-kanak yang maut.
Suspek juga, kata beliau, dipercayai cuba melemaskan anak kandungnya yang berusia lapan tahun dalam baldi, namun kanak-kanak itu dapat melepaskan diri.
Siasatan awal polis mendapati, pasangan suami isteri itu mendiami pangsapuri berkenaan bersama lima orang anak dan seorang cucu.
"Berlaku pertengkaran suami isteri di mana suspek cuba merogol salah satu anak tirinya dan kemudian telah cuba melemaskan seorang anaknya yang berusia lapan tahun kemudian cucu yang berusia empat tahun dipercayai telah dibunuh daripada atas dan dicampak ke bawah," kata Nik Ros Azhan.
Menurut Nik Ros Azhan, lelaki itu kemudian cuba melarikan diri namun mengalami kecederaan selepas terjun dari pangsapuri berkenaan melalui tingkap.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Suspek juga dibawa ke HKL dan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Siasatan mendapati warga Nigeria itu berkahwin dengan wanita tempatan berkenaan sejak 10 tahun lepas dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun.
Isterinya pula mempunyai empat orang anak berusia 19 hingga 29 tahun serta seorang cucu berusia empat tahun daripada perkahwinan terdahulu.
Sumber & Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.