HIBURAN
Kehadiran Naim Daniel Di Mahkamah Curi Tumpuan
Kelibat pelakon, Naim Daniel di Mahkamah Sesyen Putrajaya mencuri tumpuan sekali gus memberi bayangan bahawa dia adalah selebriti yang mungkin didakwa terlibat dengan kes amang seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Ditemani ibu
Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, tiba sekitar pukul 8:34 pagi lengkap berpakaian sut hitam ditemani ibunya, Nora Taherah.Bagaimanapun Naim enggan mengulas sebab kedatangannya namun sempat menyapa media dalam keadaan tenang.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.“Assalamulaikum semua, InsyaAllah,” ujarnya ringkas.
Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja sejak tiga bulan lalu.
Mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu. Suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel dan didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 kerana telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Must-Watch Video