,
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

Maliah Surip
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.

Masih berbaik

Namun dalam tempoh yang singkat, gosip buruk itu dipadam dengan dakwaan keduanya masih bergelar kekasih.
Sumber terdekat pasangan itu mengaku hubungan Martin dan Johnson memang pernah bermasalah dan ‘putus’ namun kini dalam keadaan baik.

“Tentu saja sepanjang bercinta mereka ada isu dan berpisah sebentar satu masa dulu.

“Tapi hubungan asmara mereka kini baik. Mereka ada kehidupan dan karier masing-masing dan cuba menyeimbanginya sebaik mungkin,” ujar sumber tersebut seperti dilaporkan People.

Bahagia bersama

Pihak bintang Madame Web tersebut juga mendakwa Johnson, 34, dan Martin, 47, bahagia bersama.

“Percintaan mereka berhasil kerana kedua-duanya sangat mandiri. Gosip perpisahan timbul mungkin kerana mereka melihat mereka tidak bersama dalam waktu yang agak lama tapi hakikatnya mereka juga ada kehidupan sendiri,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

Pasangan selebriti tersebut menjalin hubungan tanpa sensasi sejak 2017 selepas Martin bercerai secara rasmi dengan isteri, aktres Gwyneth Paltrow setahun sebelumnya.
Mereka kemudian dilaporkan sudah bertunang pada tahun lalu namun belum memutuskan untuk berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN:Vokalis Coldplay Chris Martin, Aktres Dakota Johnson Bertunang

ARTIKEL BERKAITAN:Kekasih Chris Martin, Aktres Dakota Johnson Tak Berfungsi Jika Tidur Kurang 14 Jam Sehari

ARTIKEL BERKAITAN:Kasut Chris Martin Jadi Dambaan Netizen, Peminat Cari Lubuk Asal! Rupa-Rupanya...

ARTIKEL BERKAITAN:27 Tahun Penantian, Coldplay Rileks Perform Dalam Hujan & Terima Kasih Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Puas Hati Dengan Coldplay! Ewah, Chris Martin Siap Berpantun! - “Pergi Kedai Membeli Sayur…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.