Hiburan
Kecoh Fasal Daun Kunyit Dan Tempe Di Media Sosial!
Semalam (Sabtu), kecoh mengenai ‘daun kunyit dan tempe’ di media sosial.
Misteri daun kunyit dan tempe menjadi perbualan warganet yang tertanya-tanya mengapa dua bahan masakan tersebut amat sukar didapati pada saat akhir menjelang Aidilfitri.
Rata-rata warganet mengeluh kerana di kebanyakan tempat bahan masakan yang lazimnya digunakan untuk membuat rendang dan kuah lodeh itu habis terjual!
Masakan tidak, tanpa daun kunyit dan tempe maka kurang ‘kick’lah rendang dan kuah lodeh yang akan dihidangkan di pagi raya...Betul tak?
Kedengaran agak lucu, namun hakikatnya itulah yang berlaku pada Aidilfitri PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ini.
Apapun, diharap Aidilfitri dapat diraikan dengan meriah walaupun kita semua terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ingat...patuhi SOP ketika kunjung mengunjung atau menerima kehadiran tetamu tidak lebih 20 orang dalam kalangan keluarga terdekat, tiada rumah terbuka serta tiada bersalam-salaman.
Lakukan penjarakan sosial serta kerap mencuci tangan walaupun bersama ahli keluarga.
Must-Watch Video