Berita

Kebocoran Gas Di Kargo KLIA: Bomba Giat Kenal Pasti Punca

Gempak
04/07/2024
12:35 MYT
Pasukan bomba sedang giat mengenal pasti bahan kimia yang bocor di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.

Beberapa jalan ditutup

Tinjauan Bernama mendapati pusat operasi telah dibuka sebagai kawalan risiko dengan beberapa jalan menuju ke tempat lokasi ditutup kepada orang awam.
Insiden kebocoran bahan kimia dipercayai gas metana itu dilaporkan berlaku pagi tadi.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail dalam kenyataan memaklumkan Pusat Gerakan Operasi Negeri menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebocoran bahan kimia di lokasi berkenaan pada jam 11.23 pagi.
Berikutan itu, 23 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA serta pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Shah Alam dan JBPM Negeri Sembilan digerakkan ke lokasi kejadian.
Agensi lain yang terlibat dalam operasi itu termasuk Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS), pasukan Aviation Security (AVSEC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan Air Side Safety.
Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Muhammad Nur Khairi Samsumin terdapat 20 mangsa mengalami pening kepala yang terdiri daripada petugas Sepang Aircraft, MAS Engineering Hangar dan CAE.
Sumber: SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Budak Perempuan Cedera Tangan Tersepit Eskalator

gempak
06/07/2024
04:57 MYT
Seorang kanak-kanak cedera tangan kanan selepas tersepit pada tangga eskalator yang bergerak dalam kejadian di sebuah pasar raya di Likas, di sini pada Jumaat.
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

gempak
24/06/2024
14:24 MYT
Malaysia Airlines mengesahkan salah satu daripada pesawatnya mengalami masalah teknikal berkaitan tekanan di dalam ruangan kabin.
Berita

Kes Cubaan Bunuh Isteri Di KLIA: Kes Dianjak, Pengurusan Hafizul Harawi Minta Masa Sebulan Lengkapkan Dokumen Kes

gempak
11/06/2024
06:18 MYT
Pengurusan kes Hafizul Harawi yang disyaki terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ditetapkan di Mahkamah Sesyen di sini, pada 25 Julai depan.
Berita

Kes Cubaan Bunuh Isteri Di KLIA: Hafizul Hawari Tiba Di Mahkamah Berpakaian Serba Putih

gempak
11/06/2024
03:51 MYT
Pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dibawa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Viral

7 Jam Bomba Bantu Cari iPhone Wanita Jatuh Celah Batu

gempak
07/06/2024
21:44 MYT
Satu rakaman  video tular memaparkan ‘operasi mencari dan menyelamat (SAR)’ untuk mendapatkan semula telefon pintar  iPhone milik seorang wanita bernilai 150,000 rupee (RM8,433) yang jatuh di celah batu di tepi pantai, lapor portal berita The Indian Express.