BERITA
Kebakaran Paip Gas: Bantuan Segera Sehingga RM5,000 Untuk Mangsa Terjejas
Mangsa yang terkesan dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, bakal diberi bantuan segera untuk meringankan beban mereka.
BERITA TRENDING: Kebakaran Saluran Gas: Raja Syahiran Berdepan Detik Cemas, Luluh Hati Tengok Kereta Mencair - "Situasi Di Sana Ibarat 'Perang', Macam Baru Lepas Letupan"
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilik rumah yang mengalami kerosakan total akan diberi bantuan sebanyak RM5,000, manakala rumah yang rosak sebahagian akan diberi bantuan sebanyak RM2,500."Manakala yang lain, terdapat kira-kira 100 buah rumah, akan menerima RM2,500," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas melawat bilik gerakan kebakaran berhampiran Kuil Sri Maha Kaliamman, pada Selasa."Langkah segera dalam tempoh sehari dua ini. Petronas, kalau perlu kerajaan persekutuan akan lihat keperluan menambah. Rumah rosak sepenuhnya diberi RM5,000 supaya mereka dapat guna untuk perbelanjaan sementara.
BERITA TRENDING: "Badannya Berasap, Berlari Masuk Ke Rumah Saya..." - Mangsa Cerita Detik Cemas Kebakaran Saluran Gas Putra Heights
BERITA TRENDING: Kebocoran Saluran Gas, Penduduk Sekitar Dipindah
BERITA TRENDING: "Gegaran Seperti Gempa Bumi, Barang Sekitar Rumah Sudah Cair" - Mangsa
Kata Perdana Menteri, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Petronas mengambil tanggungjawab memperbaiki dan memulih kawasan perumahan terjejas, namun ia dijangka mengambil masa.Katanya lagi, tindakan terperinci bagi membantu mereka yang terjejas akan dibincangkan dengan semua agensi terbabit, termasuk wakil penduduk.
"Langkah yang kita ambil, menerusi perbincangan antara kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Petronas, tak mungkin rumah-rumah ini boleh dipulihkan dalam masa singkat.
"Jadi sekarang Petronas dan kerajaan sedang bincang bagaimana nak ambil tindakan sementara tapi munasabah kerana insiden ini bukan macam banjir, seminggu dua sudah boleh selesai," katanya.
Sumber: Awani
Must-Watch Video