gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ungku Ismail Wujudkan Aplikasi 'Power Congak' Sebab...
HIBURAN
Lagu Istimewa Hadiah Buat Peminat, Ini Janji Anuar Zain Untuk Konsert Empat Live In Kuala Lumpur - “Keutamaan Saya Adalah…”
HIBURAN
Linda Rafar Sedih, Dituduh Penunggang Agama Hanya Kerana Busana - “Kalau Betul Jahat, Kecamlah Banyak Mana Tapi Saya Tak Begitu”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Kebakaran Gas Putra Heights: Mangsa Boleh Hadir Mana-Mana Pejabat JPJ Ganti Dokumen

Gempak
Gempak
13/04/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Kebakaran Gas Putra Heights: Mangsa Boleh Hadir Mana-Mana Pejabat JPJ Ganti Dokumen
Mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, 1 April lepas boleh hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi urusan penggantian dokumen berkaitan tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata sepanjang operasi Kaunter Bergerak JPJ Mobile di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights dari 3 hingga 6 April lepas, sebanyak 221 dokumen milik mangsa telah diproses.
Beliau berkata bagi mangsa yang belum berbuat demikian, mereka boleh hadir ke mana-mana kaunter JPJ dengan membawa maklumat seperti nombor kad pengenalan dan alamat rumah untuk tujuan pengesahan tanpa perlu membuat laporan polis.
"JPJ tidak mengenakan sebarang bayaran bagi penggantian dokumen ini sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan kami," katanya.
Aedy Fadly berkata antara dokumen yang boleh diganti secara percuma ialah Sijil Pemilikan Kenderaan, Lesen Kenderaan Motor, Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Vokasional.
"Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mangsa yang kehilangan dokumen kenderaan dalam insiden itu," katanya.
Sumber - BERNAMA (menerusi AWANI)
Topic Berkaitan
#JPJ
#Putra Height
#Kebakaran gas
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement