gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Vivy Yusof Hidap Lupus - "Saya Jarang Sakit, Tapi Diam-Diam Tubuh Saya Sedang 'Runtuh' Dari Dalam..."
VIRAL
Apa Motif CIA Kongsi Gambar 3 Keping Syiling Malaysia?
HIBURAN
Konsert Sulung Insomniacks: Echoes Of A Dream Sukses! Iqie Luah Rasa Syukur - “Selepas 10 Tahun Berada Dalam Industri…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Kebakaran Di LA: Pemilik Terkejut, Dedah Punca Rumah Agam Terselemat & Tetap Utuh

Gempak
Gempak
14/01/2025
02:24 MYT
Sponsor Banner
Kebakaran Di LA: Pemilik Terkejut, Dedah Punca Rumah Agam Terselemat & Tetap Utuh
Sebuah rumah agam di Malibu bernilai hampir AS$9 juta (RM40.5 juta) terselamat daripada kemusnahan disebabkan kebakaran hutan di Los Angeles, lapor New York Post.
David Steiner, 64, pemilik rumah agam itu berkata, dia terkejut melihat rumahnya masih utuh walaupun selepas api memusnahkan seluruh kediaman di kejiranannya.
"Ia satu keajaiban yang tidak pernah hilang," kata bekas eksekutif syarikat pengurusan sisa.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia menyangka kediaman tiga tingkat yang kosong ketika kebakaran itu berlaku, musnah apabila seorang kontraktor tempatan menghantar kepadanya rakaman video menunjukkan api dan asap tebal menyelubungi banglo dan rumah jirannya, minggu lalu.
Menurutnya, apabila menerima video itu, dia berpandangan tidak ada apa yang dapat bertahan, selain memikirkan telah kehilangan rumah itu.
Bagaimanapun katanya, selepas itu orang mula menghubungi dan menyatakan rumahnya disiarkan dalam berita.
"Saya mula menerima gambar dan menyedari rumah kami berjaya bertahan," kata Steiner.
Bahan binaan kalis api punca tak terbakar
Dia juga percaya pembinaan yang sangat kukuh menyelamatkan rumahnya daripada kemusnahan akibat kebakaran hutan itu.
"Ia diperbuat menggunakan stucco (plaster berkualiti tinggi) dan batu dengan bumbungnya kalis api," katanya.
Menurutnya, rumah itu juga mempunyai cerucuk sedalam 50 kaki ke dalam batuan dasar untuk memastikan kestabilan apabila ombak kuat menghempas tambak laut.
"Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka dalam sejuta tahun, kebakaran hutan akan merebak sehingga ke Lebuh Raya Pantai Pasifik.
"Saya fikir, jika ada gempa bumi, ini adalah perkara terakhir yang akan musnah. Saya tidak menyangka jika berlaku kebakaran, ini akan menjadi perkara terakhir yang akan musnah," katanya mengenai rumah seluas 4,200 kaki persegi itu dengan empat bilik tidur yang dibelinya daripada seorang penerbit.
"Reka bentuknya agak cantik. Tapi stucco dan bumbung kalis api itu sangat bagus," kata Steiner.
Lebih 20 anggota bomba berjuang selama lebih 12 jam bagi membantu menyelamatkan struktur itu, kata salah seorang anggota bomba kepada The Post.
Sumber: The Post
Topic Berkaitan
#Kebakaran
#Rumah
#Api
#Los Angeles
#Kalis
#Terselamat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement