,
Laman Utama

Keadaan Terkini Model & Pelakon 90-an Zahnita Wilson Sampai Hilang Followers IG!

Asyikin Mayudin
25/08/2023
01:52 MYT
Gara-gara berkongsi video memperlihatkan diri tanpa sebarang solekan dan rambut seperti tidak kemas, pelakon yang pernah popular zaman 90-an iaitu Zahnita kehilangan banyak pengikut di Instagram.
Berterima kasih atas komen ‘troll’ daripada netizen, Zahnita bagaimanapun memuat naik satu lagi video dia menyikat rambut dan memakai gincu berwarna merah jambu menunjukkan dirinya dalam keadaan bersiap.
"Pengikut hilang beberapa ratus selepas hantaran sebelum ini. Bolehkah anda bayangkan jika saya menghidupkan semua komen trolling. Apa-apa pun terima kasih yall atas komen manis anda.
“Ok la mak dah sikat rambut, letak bedak sikit, bibir 'pink' tengok wayang Barbie. Dah lama tak gelak macam ini,” katanya,
Dalam pada itu, rata-rata netizen tetap memuji kecantikan semula jadi Zahnita dan menganggap aktres itu hanya menjadi diri sendiri dengan mempamerkan wajahnya tanpa sebarang solekan.
“Zahnita tak perlu validation dari mana-mana orang… dia rasa cukup dengan diri dia. Sepatutnya kena belajar daripada Zahnita.
“Ah netizen ni semua tak kena. Natural glow la dia. No filter, naturally be-you-tiful gitu! Love it!
“Muka Zahnita unik… tak make up cantik, kalau make up lagi cantik. Tengok rahang dia cantik,” komen beberapa netizen.
Zahnita pernah menjadi kegilaan ramai ketika zaman 90-an kerana memiliki tubuh badan yang tinggi, kurus dan wajah cantik semula jadinya.
Malah wajahnya juga sering kali menghiasi muka depan majalah-majalah terkenal dan antara heroin yang menarik perhatian peminat terutama lelaki.
BACA SINI: "Stop Dreaming Dik!" - Pernah Jadi Mentor Dewi Remaja, Zahnita Bagi Pesanan Padu Untuk Neelofa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dibandingkan Dengan Sarimah Ibrahim & Marion Caunter, Zahnita Tegur Netizen Puaka

gempak
22/03/2024
07:55 MYT
Tiga-tiga pun cantik, janganlah banding-bandingkan.
Hiburan

Isu 'Stop Dreaming', Ini Jawab Neelofa Kepada Zahnita...

gempak
26/05/2019
01:50 MYT