,
Drama

Kau vs Aku S2: Recap Episod 1 - Aulia Terjumpa Ex Boyfriend, Danish Cuba Beri Penjelasan & Hati Mula Berbelah Bahagi

Mya Amri
26/01/2024
11:55 MYT
Diam tak diam nampaknya siri original sooka Kau vs Aku musim kedua sudah pun memasuki episod kelima.
Namun bagi yang belum menonton, Gempak kongsikan ini merupakan sedikit sedutan kisah yang terjadi kepada Aulia (Shasha Abedul) dan Danish (Dini Schatzmann) untuk episod pertama musim kedua.
Jika musim pertama penceritaannya lebih santai dan suka-suka, untuk musim kedua ini jalan ceritanya lebih kepada mainan emosi.
Perubahan karakter yang menunjukkan sikap mereka di musim kali ini lebih matang juga merupakan antara faktor menjadikan Kau vs Aku 2 ini lebih menarik.
Di bawah merupakan recap episod pertama:
Pertemuan Aulia Dan Danish di Lapangan Terbang
Kisah bermula apabila Aulia yang memakai busana pengantin bertemu dengan bekas kekasihnya, Danish secara tidak sengaja di lapangan terbang.
Pertemuan dramatik itu pada mulanya menampakkan wajah Aulia yang tersenyum sebaik sahaja memandang Danish.
Namun lain pula jadinya apabila Danish mendekatinya dan Aulia hanya mengeluarkan ungkapan “I’m so mad at you,” dengan wajah yang marah sambil berlalu pergi.
Berlaku sedikit pertengkaran kecil selepas Danish mengejar Aulia dan cuba menjelaskan segala apa yang terjadi kepada dirinya sebelum ini, sebab mengapa dia menghilang secara tiba-tiba.
Danish Mulakan Kerjaya Sebagai Pelakon
Berbekalkan wajah yang kacak, Danish telah pun kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya sebagai pelakon.
Bagaimanapun perjalanan kariernya tidak seindah diharapkan apabila Danish kerap menerima komen negatif netizen yang mengkritik lakonannya seperti kayu.
Malah pengarah sendiri ada menyuarakan ayat “tak boleh berlakon pun tak apa, asal followers ramai,” sambil ditenangkan oleh pembantunya.
Danish mula berasa kecewa apabila dia tiba-tiba diminta untuk menjadi pelakon tambahan sahaja.
Danish Nekad Tukar Course, Ambil Undang-Undang
Keputusan Danish untuk mengambil subjek perundangan mendapat tentangan daripada rakan-rakannya. Enggan mengalah, Danish tetap dengan keputusannya.
Namun sebaik sahaja memasuki kelas perundangan, Danish merasakan dunianya berubah, menjadi blur dan kurang memahami subjek berkenaan.
Prestasi Aulia Di Kelas Mula Menurun
Memang tidak mudah apabila sambung belajar dan memilih untuk bekerja pada masa sama, itulah yang berlaku pada Aulia.
Sejak bekerja, Aulia mula kerap hadir lambat ke kelas dan adakalanya tertidur sehingga merunsingkan pensyarahnya.
Tidak hanya penat secara fizikal, keadaan mental Aulis juga sedikit terganggu apabila asyik mengenangkan momen manis bersama bekas kekasihnya.
Perkara itu sekaligus membuatkan Aulia agak sukar untuk melupakan Danish.
Nak tahu apa yang jadi lagi? Kenalah tonton episod penuh Kau vs Aku musim kedua ni.
Kau vs Aku 2 masih mengekalkan Shasha Abedul dan Dini Schatzmann sebagai teraju utama, iaitu Aulia dan Danish di samping rakan-rakan mereka yang dibintangi oleh Chubb-E sebagai Zafran, Imran Aqil (Ashraf), Mia Sara Shauki (Nina) dan Arena Wan (Syafikah).
Penerbitan siri adaptasi daripada platform web novel, Wattpad ini telah berjaya menjadi siri hiburan nombor satu di sooka, dengan lebih 200 juta tontonan di platform TikTok serta memperoleh tontonan unik tertinggi sejak pelancaran aplikasi penstriman tersebut.
Episod baharu Kau vs Aku 2 ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam di platform penstriman sooka.
Ia juga turut ditayangkan menerusi slot Dramavaganza di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh disaksikan menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Bercakap Dengan Jun: Recap Episod 5 & 6 - Nek Besah Curiga Status Ranum, Dipukul Kawan Baik Sendiri!

gempak
19/05/2024
14:50 MYT
Minggu lalu penonton dapat menyaksikan perubahan hidup Jun selepas mengambil keputusan untuk menjaga bayi berbama Ranum.
Drama

Bercakap Dengan Jun: Recap Episod 3 & 4 - Jun Sertai Geng Sam, Makin Sayang Dengan Baby Ranum

gempak
15/05/2024
14:28 MYT
Minggu lalu penonton dapat menyaksikan Jun berusaha untuk menjaga Ranum dengan baik termasuklah dengan belajar membeli beberapa barangan keperluan bayi.
the-hardest-singing-show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
13/05/2024
08:55 MYT
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Drama

Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?

gempak
07/05/2024
04:55 MYT
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Drama

Penuh Dengan Konflik & Emosi, Ini Recap Minggu Raya Drama Takdir Itu Milik Aku

gempak
16/04/2024
09:55 MYT
Penuh dengan emosi dan konflik, drama Takdir Itu Milik Aku sekali lagi membuatkan penonton tidak senang duduk melihat nasib Dian yang terpaksa menempuhi pelbagai pancaroba semenjak mendirikan rumah tangga dengan Zarif.  Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap minggu raya drama Takdir Itu Milik Aku:  Dian Kehilangan Anak Kehil