,
Laman Utama

“Kau Tanya Aku Siapa? Aku Wawa” - Wanita Maki Polis Di SJR Tular Di Media Sosial

Azwa Rahman
18/06/2021
03:45 MYT
Seorang wanita yang berasal dari Sabah tular di media sosial berikutan tindakannya memaki hamun anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) selepas disaman kerana cukai jalan dan insuran tamat tempoh.
Menerusi laman sosial Twitter, akaun Jabatan Netizen Malaysia berkongsi sebuah video wanita yang dikenali sebagai Wawa dari Wahid Enterprise ini untuk tatapan umum.
Mohon ambil tindakan pada ladies ini.
Video Via Fb Zaharin Mohd Yasin / WhatApps. pic.twitter.com/qscwCfeiKk— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 17, 2021 Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu menunjukkan tiga orang anggota polis berdiam diri saat dimaki oleh wanita tersebut.
Difahamkan, Wawa yang turut tersenarai di dalam 100 Wanita Inspirasi Sabah Tahun 2021 ini menggunakan cukai jalan yang sudah tamat tempoh sejak Januari lalu.
Sementara itu di ruangan komen, makian wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Rata-ratanya berasa kasihan melihat keadaan anggota polis berkenaan yang cuba untuk mengawal situasi.
PDRM boleh je keluar kan satu saman lagi kat dia kerana caci seorg pegawai berkuat kuasa. Tambah lagi caj. Biadap lagi, terus gari. Bawa ke Balai Polis Enterprise. Duk sana satu malam tunggu bicara. Berani dia,” komen seorang wargamaya.
Taknak komen tapi haihh.. buat malu org pakai tudung je pakaiannya. Yang tak pakai tudung pun takdalah sampai macam tu,” luah seorang wargamaya.
“Roadtax mati bulan 1.. Kalau baru mati lain la cerita,” kata seorang wargamaya.
Takat bawak lexus roadtax pun tak up to date (secretary/PA tak ada ke tolong buat kerja remeh mcm ni?) takyah nak sembang sombong lah kak,” tulis seorang wargamaya.
Baju dia lagi ketat dari PKP 3.0,” ujar seorang wargamaya.
Wahid Enterprise ni mesti lagi power dari Megah Holdings,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 22,000 tontonan dan 400 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Viral

Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari Merdeka, Tiada Niat Bersaing - “Kami Nampak Yang Lain Pun Tegap”

gempak
30/08/2024
11:55 MYT
Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja apabila pertama kali menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.
Berita

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang Besar Di Shah Alam

gempak
16/08/2024
23:40 MYT
Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam pada Jumaat.
Terkini

Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”

gempak
31/07/2024
00:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
Hiburan

Dr Say Menggigil Tahan Marah! Maid Senyap-Senyap Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah - “Baby Zeq Tengah Tidur, Boleh Dia Buat Projek”

gempak
30/07/2024
08:00 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril berang apabila pembantu rumahnya bertindak membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.