,
Laman Utama

“Kau Kaya, SPM Mungkin Tak Ada Kesan Dekat Kau” - Motivator Beri 10 Point Bidas Instafamous Isu SPM

Mya Amri
14/10/2020
23:23 MYT
Kenyataan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad berhubung keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) miliknya baru-baru ini menarik perhatian seorang motivator, Mufarwa Farid.
Menurut perkongsiannya di laman Facebook, Mufarwa berkongsi beberapa point membidas kenyataan Hafiz mengenai keputusan tidak cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Mufarwa mengakui tidak berapa gemar dengan kenyataan tersebut yang seolah-olah seperti menormalisasikan bahawa SPM itu tidak penting.
Berikut merupakan 10 perkara yang ditekankan oleh Mufarwa.
1. SPM kau tak gagal, bang. Semua lulus. Siap ada C+ lagi. Tak payah nak claim 'Abang punya result lagi gagal'.
2. Semua makwe dalam dunia ni takkan tengok result SPM. Kalau perempuan tu nak kat lelaki tu, lulusan tadika pun dia terima.
3. Makwe kau suka dekat kau sebab kau handsome, bang. Ada jambang sikit. Tinggi. Pandai bergaya.
4. Dan yang penting, kau kaya bang. Kaya sampai boleh hadiah kereta, emas, helikopter, istana dan pelbagai lagi kat makwe kau walaupun belum kahwin. Bodohlah makwe kau nak ungkit pasal SPM lagi.
5. Dan SPM tu, mungkin takda kesan kepada kekayaan kau, tapi, ada kesan kepada kemiskinan orang lain. Ramai orang susah, disebabkan SPM tak lulus. Nak masuk U payah. Nak cari kerja stabil payah.
6. Tak perlu menormalisasikan SPM tu tak penting. Hidup ini bukan drama. Tak semua orang bernasib baik. Kalau ada 1,000,000 budak fail SPM, tak sampai 0.1% yang dapat makwe cun dan jadi kaya macam kau.
7. Kalau nak pesan benda-benda macam ni, pesan kat anak sendiri, sudahlah. Jangan bagi harapan palsu dan buruk kepada anak orang lain.
8. Setiap hari, bisikkan kat telinga anak kau yang SPM tu tak penting. "Anakku, SPM tu tak penting, anakku." Ulang hari-hari sampai Abang Jamil mampos. Suruh ikut jejak langkah ayah dia. Kita tengok, boleh pergi jauh mana plan ni.
9. Tak, aku tak jeles langsung dengan dia. Aku cukup anti dengan orang yang promosikan budaya gagal dalam pelajaran ni. Gagal akademik is not cool bro. Kau nak gagal, gagal. Tapi jangan budayakan. Penat cikgu cikgi kat sekolah separuh mati nak bantu pelajar.
10. Takda poin pun. Saja nak genapkan 10 poin.
1. SPM kau tak gagal, bang. Semua lulus. Siap ada C+ lagi. Tak payah nak claim 'Abang punya result lagi gagal'. 2....Posted by Mufarwa Farid on Tuesday, 13 October 2020
Sehingga kini coretan Mufarwa telah mendapat lebih 500 perkongsian dan pelbagai reaksi diberikan menerusi ruangan komen.
Bagaimanapun, Hafiz kemudiannya tampil memberikan penjelasan bahawa perkongsiannya sebelum ini telah disalah anggap.
BACA: "Gagal SPM Tapi Girlfriend Terima Seadanya" - Kenyataan Instafamous Undang Kecaman Netizen, Dituduh Normalisasikan Kegagalan
Terdahulu, Hafiz sebelum ini pernah menjadi tular selepas beritanya yang sanggup pulang ke Kelantan sebaik sahaja mendapat berita mengenai keadaan rakan baiknya yang jatuh sakit pada 1 Oktober lalu.
Hafiz telah meninggalkan segala kerja di Kuala Lumpur dan bergegas ke kampung halaman untuk membantu rakannya.
BACA: “Stroke Sebab Kerja Kuat” – Sahabat Sejati! Lelaki Ini Terus Batal Semua Kerja, Fly Dari KL Ke Kelantan Untuk Bawa Rakan Ke Hospital
Hafiz merupakan suami kepada personaliti media sosial terkenal, Syafiqah Aina.
Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017 dan pasangan ini menerima kedatangan cahaya mata, Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar