“Kau Kata Bekas Isteri Aku Seksi? Cuba Google Gambar Sendiri” - Bekas Tunang Zarina Anjoulie
Bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Ezley merasa berang terhadap tindakan aktres tersebut yang membuka cerita lama mengenai dirinya dan bekas isteri kepada umum.
Menerusi hantaran video di laman TikTok, Khazrul meminta Zarina untuk tidak membabitkan nama bekas isterinya sehingga menyebut hal berkenaan aurat.
“Aku tak perlukan publisiti murahan. Kau tolong sabar sikit perkara ini orang cucuk kau. Kau sendiri yang mengadu kat netizen.
“Gunakan akal lah. Tak payah nak cerita apa dalam dalam kain pada umum.
“Kau kata bekas isteri aku seksi, seksi ke babe? Okay tak mengapa seksi. Cuba kau tengok diri kau sendiri, cuba google tengok gambar kau sendiri. Kat situ pun dah tahu macam mana,” katanya.
@afieragoes Tak habis lagi lah ?? #zarinaanjoulie ♬ original sound - Afierariana Agoes
Dalam pada itu, Khazrul turut mengingatkan Zarina atau mesra disapa Anju untuk tidak memuat naik video atau konten mengenai dirinya lagi.
Malah, jelas Khazrul, dia sudahpun menghubungi ayah Zarina untuk mengaturkan perjumpaan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.
“Kau jangan lah buat video-video meroyan macam ini, tolong lah jaga maruah sendiri, jaga maruah diri aku. Aku belum kahwin dengan kau, baru je tunang.
“Cuba bertenang, aku dah mesej, telefon tapi kau tak balas, tak jawab. Aku rasa tak dihargai jadi aku diam lah. Tapi kau sebok membebel suruh jumpa keluarga.
“Dengan keadaan kau macam ini macam mana aku nak jumpa, macam mana kita nak bincang. Aku sendiri dah minta izin dengan daddy (ayah Zarina) nak jumpa kau, minta aturkan. Kau boleh sabar tak?,” jelasnya lagi.