gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isteri Fizo Omar Terkilan Kerap Dipersoalkan Mengenai Hamil Jarak Dekat - “Kenapa Mesti Soalan Begitu Datang Daripada Kaum Wanita?
HIBURAN
“Ada Spesis Bab* Tahu Main, Lepas Sperm & Tanggungjawab Fasal Anak Pun Tak Ambil Tahu” - Isteri Shuk Sahar
VIRAL
Insiden Murid Cedera Di Kepala Selesai, Keluarga Tarik Balik Report Polis!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

"Kau Ingat Rumah Kassim Baba Mahu Pangkah-Pangkah?" - Doktor Respon Penjarakan Sosial Dalam Tandas Awam

gempak
Amri Hassan
22/06/2020
02:35 MYT
Sponsor Banner
"Kau Ingat Rumah Kassim Baba Mahu Pangkah-Pangkah?" - Doktor Respon Penjarakan Sosial Dalam Tandas Awam
Tular di media sosial baru-baru ini beberapa tandas awam di kawasan Rehat & Rawat (R&R) mengamalkan penjarakan sosial dengan cara tersendiri.
Selain menandakan pangkah (X) di ruangan urinal, ada juga beberapa pintu tandas dijarakkan berdasarkan tanda tersebut.
Perkara itu sedikit sebanyak menyebabkan keadaan sesak di ruangan tandas awam selain ada yang menyifatkan perkara tersebut melucukan.
ko ingat rumah Kassim Baba mau pangkah²? kali orang berpeluk berjabat tangan pulak dalam tandas tu kan? pic.twitter.com/RHSYTZJjHX
— Ryan Malik™️ (@ryanmalik___) June 19, 2020
Situasi itu menarik perhatian seorang Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah untuk mengulas mengenai kesesuaian penjarakan sosial dalam tandas awam.
"Takkan tiada kompromi langsung. Lurus bendul tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif dalam bab larangan PKP?
"Saya lihat tandas di satu R&R yang dilebel X, selang seli tidak benarkan masuk.
"Sedangkan tak perlu sampai terlalu ketat penjarakan sosial sedemikian rupa pun.
"Dinding, pintu yang menghadang antara dua orang yang sedang kencing sudah memadai. Tak perlu lah diselang seli jarak tandas. "Lainlah tandas berdiri pancut kat dinding tu, perlulah dijarakkan 1 meter," katanya.
Hal yang sama terjadi di tandas awam masjid terutama bagi pengguna yang bermusafir jauh.
"Begitu juga dengan ahli jemaah masjid yang terlupa bawa sejadah. Yang dia ada hanya kain sapu tangan untuk ganti sejadah. "Berdiplomasi la sikit. Tak perlu halau balik jemaah yang nak solat kat masjid tu.
"Kalau tak pakai pelitup muka munasabah juga sebab ianya lebih diambil perhatian penting dalam mencegah perebakan virus.
"Begitu juga jika ada ahli jemaah yang nak kencing di tandas masjid, dahlah bermusafir jauh, nak buang air kecil dan nak ambik wuduk pun dihalang.
"Kenalah memberi kelonggaran bab ni. Walaupun termaktub dalam arahan PKP, selagi beliau menjaga jarak sosial, tidak tersesak-sesak dalam tandas atau pun tidak bersentuhan sesama pengguna tandas, maka benarkanlah.
"Kekadang common sense dan nilai kemanusiaan pun perlu," tulisnya menerusi Facebook rasmi.
Perkongsian Suhazeli itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna malah telah diulang siar lebih 700 kali.
Topic Berkaitan
#Penjarakan Sosial
#Pangkah Pintu
#Tandas Awam
Must-Watch Video