,
Hiburan

"Kau Buang Tabiat Nak M*mp*s Ker?" - Pakai Baju Kancing Sampai Leher, Aqasha Rimas Drama Melayu Terikut-Ikut Konsep Drama Korea

Amri Hassan
09/12/2020
01:31 MYT
Pelakon dan penyanyi Aqasha berkongsi pandangannya mengenai sesetengah drama tempatan yang gemar terikut-ikut konsep drama Korea (K-drama) hingga hilang jati diri.
Jelas Aqasha, dia sendiri kurang faham mengapa situasi sedemikian terjadi dalam industri seni tempatan masa kini.
"Aku sebenarnya kurang faham mengapa tema drama tempatan harus berpaksikan K-drama.
"Kita sepatutnya bangga dengan identiti dan jatidiri sendiri. Melainkan kalau kita tak berapa kenal identiti & jati diri sendiri.
"Cinta itu memang universal. Namun orang Melayu tak bercinta macam orang putih. Orang Korea juga tak bercinta macam orang Melayu.
"Mentaliti berbeza, budaya berbeza, malah kepercayaan dan keyakinan berbeza. Nak ikut-ikut buat apa?
"Dalam agama...ikut-ikut ni dipanggil 'taqlid'. Kalau bab itu kita ikut-ikut, bab lain dalam hidup pun kita akan ikut-ikut. Jangan suka ikut-ikut. Kenali betul-betul, kekurangan dan kelebihan sendiri," katanya.
Tambah Aqasha, cara garapan dan pemakaian pelakon juga berbeza di negara berbeza mengikut persekitaran sekeliling dan keadaan cuaca.
Jadi, adalah kurang sesuai seandainya cara berpakaian di Korea dipraktikkan dalam drama tempatan di Malaysia.
"Lagipun...Korea tu sejuk, dia nak pakai style-style kancing butang baju sampai leher ke, nak pakai sleeveless vest dalam suit siap tie pergi pejabat pun takpe.
"Kalau kita pakai macam tu kat sini memang orang akan tanya la...."kau buang tabiat nak m*mpus ke?"
"Dan jangan marah kalau orang cakap..."apa ke bangang punya cerita ni?".
"Lagi parah kalau continuity wardrobe tu membawa dari pejabat sampai outdoor. Memang berpeluh sakan la...masa dalam pejabat nampak style, kat luar pejabat pun kena pakai gak...sebab budak conti kata dah conti.
"Jadi karakter bangang pun tetaplah pakai di tengahari panas seolah-olah orang Malaysia tak reti buka kot di luar pejabat," ujarnya.
Pandangan Aqasha itu mendapat perhatian netizen dan ada yang bersetuju dengannya.
"Ambil contoh yang baik, bukan suruh tiru secara total. Contohnya attention to details drama Korea. Nampak mereka study dan tanya pada yang pakar untuk sesuatu fakta dalam penghasilan drama. Puas hati tengok.
"Tak semua drama Korea bagus dan tak semua drama Melayu tak bagus," tulis salah seorang pengguna di ruangan komen Instagramnya.
Namun, balas Aqasha; "Bajet tak sama, nak ikut details apanya?"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar