,
Laman Utama

Katrina Kaif, Vicky Kaushal Selamat Berkahwin, Jual Hak Siaran RM44 Juta Kepada ...

Amri Hassan
10/12/2021
06:50 MYT
Biarpun spekulasi bertebaran di media sosial sejak sebulan lalu, bintang Bollywood, Katrina Kaif akhirnya mengumumkan telah selamat berkahwin dengan Vicky Kaushal. Berkongsi perkara terbabit di Instagram lewat malam tadi, pasangan merpati dua sejoli itu mengenakan sepersalinan pakaian tradisional India rekaan Sabyasachi Mukherjee dalam majlis gilang-gemilang yang telah berlangsung di hotel mewah Rajashtan, India.
BACA: Didakwa Bakal Berkahwin 9 Disember, Katrina Kaif 'Terbangkan' 200 Tetamu Ke Hotel Mewah Seperkara yang menarik perhatian ramai adalah hak penyiaran perkahwinan mega pasangan itu telah diberikan kepada Amazon Prime yang telah menyiarkan majlis itu secara telecast. Pasangan itu telah mengikat perjanjian bersama syarikat penyiar terbabit dengan nilai berjumlah 80 crore rupee atau bersamaan dengan RM44 juta untuk liputan selama empat hari majlis perkahwinan mereka. Difahamkan, video rasmi majlis perkahwinan Katrina dan Vicky akan disiarkan di platform digital pada awal 2022. Disebabkan kontrak yang mahal itu juga, setiap tetamu yang hadir perlu menandatangani akujanji (NDA - non-disclosure agreement) bagi mengelakkan sebarang visual terbocor sebelum ia sempat distrim di OTT. Pada 6 Disember lalu, nota alu-aluan kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka di Fort Barwara mula diperkatakan ramai. "Kami memohon jasa baik anda untuk meninggalkan telefon pintar di dalam bilik masing-masing dan ditegah daripada memuatnaik sebarang gambar atau menggunakan sosial media sepanjang majlis," tulis nota itu.
Majlis perkahwinan itu juga menggunakan kod rahsia kepada 120 orang tetamu yang hadir. Sumber: The News International, Times Of India
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.