,
Hiburan

Katharsis The Vinyl Buah Tangah Terakhir Amy Bersama Search

Kamaruddin Razal
17/07/2020
11:28 MYT
Album studio ke-12 band rock legenda tanah air, Search iaitu Katharsis kini diabadikan dalam format piring hitam atau vinyl.
‘Katharsis The Vinyl’ akan mula dipasarkan pada 28 Julai ini dengan harga RM199 di Fenomena Music, Plaza Damas, Kuala Lumpur dan beberapa kedai muzik terpilih serta penjual-penjual dalam talian.
Ia juga dicetak terhad sebanyak 500 unit sahaja untuk pasaran seluruh dunia.
Album terbitan Datuk M Nasir yang mula dipasarkan pada 2017 ini juga menyaksikan penampilan penuh pemain dram, Pae dalam album Search sekali gus memberikan kelainan serta nafas baru dari segi bunyi dan persembahan Search.
Selain riff gitar Kid yang lebih berat dan bertenaga, imej Search dengan konsep urban ethnic oleh pereka fesyen dan gaya terkenal, Jiman Casablanca juga cukup menarik.
Presiden Pawana Music yang juga Penerbit Eksekutif album ini, Datuk Ahmad Zaharul Annuar berkata, ia adalah album terakhir Amy bersama Search selepas mengumumkan pengundurannya sebagai penyanyi Search pada penghujung Mac lalu.
“Ini album terakhir Amy bersama Search yang pasti menerbitkan 1,001 nostalgia buat mereka dan peminat Search. Bagi ‘collector’ vinyl tegar dan peminat Search, ini koleksi paling sesuai,” katanya.
Menurut Ahmad Zaharul, vinyl ini juga menjanjikan bunyi audio yang lebih padat dan enak berbanding dalam format cakera padat (CD) yang dikeluarkan sebelum ini.
“Ia juga mengandungi buku lampiran yang memaparkan koleksi gambar-gambar sepanjang kerja pembikinan album dan juga konsert Search dalam kualiti tinggi,” katanya.
Proses penerbitan vinyl ini mula dilakukan di studio terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Sterling Sound pada 2018. Proses mastering pula dilakukan jurutera bunyi terkenal, Ryan Smith yang pernah mengendalikan album artis rock legenda dunia antaranya Ozzy Osbourne, AC/DC dan Coldplay.
“Proses ‘pressing’ ke format piring hitam dimulakan tahun lalu dan ‘master’ Katharsis dibawa ke kilang piring hitam Disc Makers di New Jersey untuk proses terakhir pembikinan Katharsis The Vinyl.
“Di situlah semua piring hitam,sampul, poster dan ‘booklet’ Katharsis dihasilkan dan dibungkus secara sistematik untuk edaran di Malaysia,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Hiburan

Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

gempak
17/06/2024
04:13 MYT
Dua rockers ternama tanah air, Datuk Suhaimi Rahman dan Norazila Aminuddin selamat menunaikan rukun Islam kelima selepas melakukan ibadah haji.
Hiburan

Search Bakal Adakan Konsert Orkestra Pertama! - "Peminat Akan Dengar Bunyi-Bunyi 'Mahal'"

gempak
23/05/2024
14:55 MYT
Buat pertama kali, kumpulan Search bakal mengadakan konsert diiringi okestra berjudul Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung 21 September di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Hiburan

“Jenama Search Merupakan Satu Institusi Yang Orang Boleh Rujuk” - Nasir Search

gempak
17/05/2024
12:55 MYT
Pemain bass Search, Nasir Daud menganggap cadangan peminat agar nama Search dapat digunakan oleh individu-individu yang pernah berkaitan dengan kumpulan itu tidak perlu diberi perhatian.
Hiburan

Search Rakam Lagu Raya Pertama, Sujud Aidilfitri Simbolik Muhasabah Diri, Renung Khilaf

gempak
01/04/2024
12:27 MYT
Sujud Aidilfitri menjadi karya Aidilfitri ulung yang akhirnya diterbitkan Search sempena merayakan bulan penuh berbahagia ini.