,
Berita

Kassim Selamat Menghembuskan Nafas Terakhir Di Usia 84 Tahun

Asraf Aided
27/05/2019
07:52 MYT
Penyanyi yang popular di sekitar era 60-an, Kassim Selamat telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam akibat sakit tua.
Memetik laporan Utusan Online, pemilik nama sebenar Kassim Rahmat itu meninggal dunia di rumahnya di Yishun, Singapura pada jam 3.30 petang semalam.
Penyanyi itu meninggalkan seorang isteri, Radiah Hadar dan empat orang anak.
Menurut anak perempuannya, Kasmawati Kassim, bapanya itu telah menghidap sakit dementia sejak lapan tahun lalu dan dijaga oleh ibunya di rumah.
"Ibu yang setia menjaga bapa di rumah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Difahamkan, jenazah telah dikebumikan di Pusara Aman, Lim Chu Kang pagi tadi.
Antara lagu yang pernah dipopularkan oleh Kassim adalah La Obe, Nga Lompak AGo Go dan banyak lagi.
Sumber : Utusan Online / Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

gempak
20/09/2024
14:30 MYT
Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang kerana merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu, pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Zulin Aziz Kembali Ke Pentas Lawak Selepas ‘Termakan’ Pujukan Seorang Artis! - “Ikutkan, Saya Memang Tak Nak Tapi…”

gempak
20/09/2024
13:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz mendedahkan dia pada mulanya tidak mahu menyertai pentas Muzikal Lawak Supertar 4 (MLS4) namun akhirnya berubah fikiran selepas termakan pujukan penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

gempak
20/09/2024
12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Hiburan

The Chosen One 2024: “Saya Suka Jenis Suara Yang Berlemak” – Wany Hasrita Dedah Faktor Utama Pilih Mentee

gempak
20/09/2024
12:25 MYT
Penyanyi Wany Hasrita berkongsi sebab mengapa dia memilih Geng 3 Beradik termasuk perserta solo, Qal Daienish untuk dijadikan mentee dalam program The Chosen One 2024.
Hiburan

“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap

gempak
20/09/2024
12:20 MYT
“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap