BERITA
“Kasihan Anak Mommy…”- Terlanggar Bucu Meja, Anak Zizie Ezette Kemalangan Di Rumah Kerana Kecuaian…
Pelakon Datin Zizie Ezzete mendedahkan seorang anak kembarnya, Aaleph Zeke Izzete telah kemalangan di rumah apabila wajahnya terlanggar bucu meja.
Kemalangan itu menyebabkan sebelah kanan wajahnya termasuk mata membengkak kebiruan.
“Pipinya terlanggar dengan bucu meja di rumah semalam dan pagi ini dia bangin dengan wajah yang bengkak serta mata kebiruan.
“Kesian anak mommy. Tapi tak apa, Aaleph is a strong boy,” tulisnya.
Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik keadaan wajah anaknya itu.
Menceritakan kemalangan tersebut, ia berlaku kerana kecuaian pembantunya di rumah.
Disebabkan kejadian tersebut, Zizie telah menyimpan semua meja dirumahnya demi keselamatan anak-anaknya.
“Walaupun ada berlaku kecuaian pekerja time mommy tak ada, mommy akan simpan semua table yang ada kat rumah.
“Kita cuba elakkan lagi dari sebarang kemalangan berlaku walaupun kadang-kadang ada yang kita tak dapat nak elak. #itseverymommysnightmare” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar anaknya segera sembuh.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia Sembilan bulan.
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Must-Watch Video