HIBURAN
Karya Sering Disalah Anggap 'Soft P*rn' & Menjatuhkan Islam, Ini Penjelasan Erma Fatima - "Saya Tiada Niat Untuk ..."
Pengarah dan penerbit, Erma Fatima menegaskan mahu menghasilkan karya yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat umum dan bukan sekadar mengulang tema klise seperti curang dan berebut pasangan.
Jelasnya, dengan isu sosial yang semakin banyak seperti kes rogol membuktikan bahawa masyarakat kini sedang mengalami krisis moral yang sangat serius.
“Setiap hari kita lihat di sosial media kes rogol berlaku menunjukkan jiwa masyarakat kita makin sakit. Kita juga apabila buka tv tidak kisah saluran mana akan memainkan drama yang lebih kurang sama iaitu curang, penyondol dan cinta jadi bila masyarakat kita nak dididik dengan masalah yang lebih besar di luar sana.
“Anda expect mereka untuk baca? Takkan hanya sekadar membaca ia tidak akan berhasil, jadi saya mengambil pendekatan saya tidak mahu buat cerita yang sama, saya sudah keluarkan cerita mengenai penyondol jadi takkan saya mahu ulang benda yang sama. Maka saya mahukan satu kelainan.
“Saya nak buat satu benda yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya ketika menghadiri Majlis Iftar Prihatin di Kuala Lumpur pada Selasa.
Erma atau Fatimah Ramad Ali, 56 turut menengaskan bahawa karya yang dihasilkannya bukan berniat untuk menentang agama islam namun ia adalah untuk menentang golongan yang mempergunakan agama.
“Saya buat apa yang saya rasa nak buat kerana apa pun ia berbalik kepada niat saya.
“Saya tidak menentang atau cuba menjatuhkan Islam tapi saya menentang penunggang agama. Kalau tanya dekat luar ada tak ajaran sesat atau bapa rogol anak? Kalau tiada maka saya gila.
“Saya masih waras dalam membuat cerita yang mempunyai sebab apa yang saya nak sampaikan kerana masyarakat kita makin sakit dekat luar sana. Kita mencari agama sedangkan kita tiada agama sebab itu kita tak akan jumpa guru yang betul.
“Ramai yang tanya kenapa dipakaikan pakaian agama, kalau saya bagi dia pakai short dan jeans belum tentu penonton percaya, orang yang bertopengkan syaitan ini akan berusaha untuk menyakinkan kita sebaik-baiknya supaya kita taksub kepada dia. Adakah melalui pakaian? Tidak,” ujar Erma.
Selain itu, Erma turut menyentuh mengenai salah faham terhadap isu seksualiti dalam karyanya, yang sering dianggap sebagai elemen soft porn oleh segelintir pihak.
“Seks itu tidak kotor. Apabila ia halal dia tidak kotor tapi bila tak halal ia jadi kotor. Jadi perkara itu bukan masalah soft porn atau saya ni gedik sangat nak buat yang berkisah dengan perkara tersebut namun lemahnya perempuan dimana, lemahnya lelaki pula dimana.
“Berapa ramai kita dengan bomoh rogol pesakit, berapa ramai guru tahfiz yang liwat pelajar.
“Saya tiada niat untuk menjatuhkan Islam sebab saya orang Islam, saya tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana ulama, habib-habib diluar Yaman itu saya sangat menghormati mereka dan ilmu mereka. Apa yang saya paparkan ini adalah penunggang agama yang merosakkan akidah orang kita,” katanya.
Bagaimanapun, Erma tetap menerima teguran daripada semua pihak dengan hati yang terbuka.
Must-Watch Video