,
Hiburan

Kartunis Terkenal, Artortoise Hidap Kanser Pangkal Hidung Tahap 3

Amri Hassan
06/08/2020
05:20 MYT
Kartunis terkenal Artortoise dimaklumkan menghidap barah pangkal hidung tahap tiga.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri di media sosialnya pada Rabu.
"Saya yakin ramai mengenali beliau lewat kartun-kartun beliau yang sarat dengan unsur nasihat dan dakwah.
"Sama-sama kita doakan kartunis @artortoise dipermudahkan urusan kimoterapi pada hari ini.
"Saya baru dimaklumkan beliau menghidap Kanser Pangkal Hidung Tahap 3," maklumnya.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan barisan Kabinet Menterinya. Yang paling menarik perhatian dalam senarai menteri ialah Mufti Wilayah Persekutuan, @drzulkifli.albakri Pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Agama menjadikan beliau Mufti pertama yang memegang portfolio itu. Beliau akan dilantik sebagai senator terlebih dahulu sebelum mengisi jawatan tersebut. Anak kelahiran Kuala Terengganu ini pernah menerima beberapa anugerah antaranya Anugerah Tokoh Penulis Islam, Anugerah Tokoh Ilmuan, Anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah. Panel Penasihat Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia sejak 2013 ini juga merupakan penasihat berkenaan hukum-hukum syarak kepada Badan-badan berkanun atau agensi kerajaan serta Badan-badan bukan kerajaan (NGO). Tahniah dan selamat menjalankan tugas Dato' Seri. Semoga dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. YNWA. #Ynwa #KabinetMalaysia2020 #ArtortoiseMY #DigitalArtByArtortoise #artworkbyartortoise #digitalillustrationbyartortoise #digitalcaricaturebyArtortoise

A post shared by artortoise (@artortoise) on

Artortoise ata nama sebenarnya Mohamad Ikhsan Kamarudin difahamkan kini sedang menjalani rawatan kimoterapi.
Namun dalam kemas kini terbaharunya, Artortoise sempat melayangkan mesej kemanusiaan susulan tragedi letupan di Beirut, Lubnan baru-baru ini.
Artortoise terkenal dengan lakaran kartun yang menyentuh isu semasa, kemasyarakatan dan dunia hiburan.
Malah, potret figura terkenal tempatan seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah dilakarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Pemergian Pengasas Artortoise Bukan Kerana Kanser Tetapi..." - Perbetulkan Fakta

gempak
04/12/2020
09:30 MYT
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.
Hiburan

Pengasas Ilustrasi Artortoise, Ikhsan Lee Meninggal Dunia

gempak
01/12/2020
02:18 MYT
Salam takziah...