gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Saya Dipukul Guna Kabel Treadmill” - Bekas Pekerja Dakwa Didera Selebriti Kecergasan Terkenal
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Gugur Air Mata! Sharee Lopes Sukar Bawa Lagu Jangan Mati Rasa Itu - “Saya Tak Pernah Ada Niat Untuk…”
BERITA
Warga Emas Mahu Wasiat Harta Kepada Kucing
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kareena Kapoor Positif COVID-19, Buat Ujian Genom Sebab Takut Varian Omicron! Hasilnya ...

Amri Hassan
Amri Hassan
25/12/2021
06:45 MYT
Sponsor Banner
Kareena Kapoor Positif COVID-19, Buat Ujian Genom Sebab Takut Varian Omicron! Hasilnya ...
Aktres popular Bollywood, Kareena Kapoor kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif virus mengancam nyawa, COVID-19.
Dalam perkembangan terbaharu, Kareena telah beroleh keputusan hasil ujian penjujukan genom bagi menyaring varian Omicron.
Menerusi laporan Brihanmumbai Municipal Corporation, hasil ujian terbabi membuktikan Kareena negatif varian baru itu.
Actor Kareena Kapoor Khan's genome sequencing report for Omicron is negative: Brihanmumbai Municipal Corporation(file photo) pic.twitter.com/PEm91oiRA4
— ANI (@ANI) December 24, 2021
"Saya positif COVID-19 dan telah segera mengasingkan diri serta mematuhi protokol keselamatan.
"Saya memohon individu yang menjadi kontak rapat saya untuk membuat ujian saringan. Keluarga dan kakitangan saya semua sudah mendapat suntikan vaksin lengkap.
"Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala. Syukur. Saya semakin baik dan harap terus sihat," kata Kareena menerusi kenyataan rasmi kepada media.
Selain Kareena, beberapa selebriti lain turut menjalani ujian saringan sama antaranya Amrita Arora, Seema Khan dan Maheep Kapoor.
Kesemua mereka positif COVID-19 selepas hadir ke parti yang dianjurkan sutradara popular Karan Johar baru-baru ini.
Karan turut mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan dia bukan menganjurkan parti sebaliknya hanya makan malam bersama individu rapat.
"Saya sekeluarga telah mendapat vaksin lengkap dan melakukan ujian RTPCR, semuanya negatif.
"Malah, saya sendiri telah menjalani ujian dua kali untuk memastikan segalanya selamat dan keputusannya juga negatif.
"Hanya 8 orang yang saya jemput untuk ke rumah saya, ia bukan parti dan kami terus mematuhi protokol keselamatan. Kami semua terus memakai pelitup muka sepanjang masa," katanya.
Sehingga kini sebanyak 350 kes membabitkan varian Omicron dilaporkan di Delhi dan Mumbai, India.
Topic Berkaitan
#Viral
#Kareena Kapoor
#Bollywood
#Karan Johar
#Parti
#Positif
#COVID-19
#Omicron
#Amrita Arora
#Diner
#Seema Khan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement