,
Viral

‘Kantoi’ Rakam Video Dari Bawah Skirt Perempuan, Lelaki Berusia 33 Tahun Ditahan Polis

Muhammad Firdaus
21/01/2024
00:11 MYT
Satu individu ditahan pihak berkuasa selepas didakwa membuat rakaman video bawah skirt seorang wanita dari bawah pentas dalam acara di sebuah pasar raya Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, lelaki berusia 33 tahun itu membuat rakaman tidak senonoh tersebut menggunakan telefon bimbit miliknya .

BERITA TRENDING: "Takkan Lah Bodoh Sangat Aku Nak Patahkan Kunci!” - Pelanggan Carwash Dakwa Pekerja Tak Mahu…

“Kira-kira pukul 9 malam, pengadu yang juga seorang wanita tempatan dimaklumkan oleh orang awam bahawa suspek membuat rakaman video tidak sopan menggunakan telefon bimbit dari bawah pentas.
“Seterusnya, rakan pengadu bersama dengan orang awam telah berjaya mengesan dan menangkap suspek di dalam kawasan pasar raya tersebut,” jelasnya. Tambahnya lagi, tangkapan semula ke atas suspek telah dilakukan kira-kira jam 11.15 malam setelah pihak polis meneliti maklumat yang diterima oleh saksi kejadian.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Tindakan reman dibenarkan ke atas suspek selama tiga hari bermula 20 sehingga 22 Januari 2024.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.