,
Laman Utama

Kantoi Dalam CCTV, 3 Orang Dilihat Tamak Ambil Bantuan Makanan Berlebihan Sampai Licin!

Syafiqah Jalal
07/07/2021
08:20 MYT
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, ramai yang mengadu pendapatan mereka terjejas dan sukar untuk meneruskan hidup demi menyara diri dan keluarga.
Namun rakyat Malaysia prihatin terhadap nasib golongan yang terkesan sehingga wujud banyak pihak yang berbesar hati memberi sumbangan serta menyediakan tempat bekalan makanan asas atau ‘food bank’ di beberapa tempat.
Bagaimanapun, ada segelintir individu yang mengambil kesempatan di atas pertolongan tersebut.
Terbaharu tular satu rakaman CCTV di sebuah tempat ‘food bank’ yang mendedahkan tiga individu dilihat tamak mengambil makanan bantuan itu berlebihan hingga licin tanpa memikirkan orang lain.
Rakaman CCTV itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman social TikTok yang menggunakan nama Azman Abdullah.
Menerusi video berdurasi seminit lebih itu, dipercayai dua orang perempuan serta seorang lelaki dilihat pantas mengambil makanan yang disediakan di rak berkenan masuk ke dalam beg masing-masing.
@azmanabdullah911
Habis dorg tapau segalanya tak ingat kat orang lain! ##foodbank ##lockdown ##BenderaPutih ##pkpd2021 ##fyp♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano - ISAo Jika mengikut sikap timbang rasa, mereka sepatutnya mengambil makanan yang perlu sahaja dan selebihnya boleh ditinggalkan untuk pihak lain yang memerlukan.
Video tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata mengecam sikap tamak mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

gempak
17/09/2024
18:50 MYT
Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

gempak
12/09/2024
09:25 MYT
Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Viral

Jijik! Pelanggan Sanggup Letak Sendiri Lipas Dalam Makanan Demi Makanan Percuma

gempak
05/09/2024
14:55 MYT
Sepotong video memaparkan perbuatan empat sekeluarga meletakkan lipas di atas pinggan restoran untuk makan secara percuma tular baru-baru ini.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Viral

“Ingin Dimaklumkan Central Kitchen Kami Telah Menerima Sijil Halal JAKIM” - Dolly Dim Sum

gempak
04/09/2024
06:20 MYT
Syarikat restoran makanan popular, Dolly Dim Sum memaklumkan dapur berpusat (central kitchen) yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangannya telah menerima sijil halal dari pihak JAKIM.