,
Laman Utama

Kantoi Curang, Shakira Minta Putus Dengan Gerard Pique Selepas 12 Tahun Berpacaran

Azwa Rahman
07/06/2022
10:44 MYT
Penyanyi antarabangsa Shakira mengumumkan perpisahan dengan kekasihnya, pemain bola sepak Sepanyol selepas 12 tahun menyulam perasaan cinta.
Memetik laporan Reuters, Shakira, 45 dan Pique, 35, masing-masing berkongsi kenyataan perpisahan mereka.
“Dukacitanya kami mengesahkan yang kami sudah berpisah. Untuk menjaga kesejahteraan anak-anak kami yang sememangnya menjadi keutamaan kami, kami memohon untuk anda memberikan menghormati privasi kami, “tulis mereka kepada Reuters.
Media antarabangsa tersebut turut melaporkan Shakira menangkap Pique yang menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Milan, 9, dan Sasha yang kini berusia 7 tahun.
Sebelum ini, Shakira pernah memaklumkan mahu memiliki 9 anak-anak bersama Pique untuk membentuk pasukan bola sepaknya sendiri.
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan pada tahun 2011.
Walaupun sudah bersama hampir satu dekad, pasangan ini belum mengikat hubungan perkahwinan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Reputasi Buruk Lepas Curang Dengan Shakira, Gerard Pique Tak Mahu Buang Masa Bersihkan Imejnya

gempak
25/03/2023
14:57 MYT
Gerard Pique tak nak cakap fasal Shakira dah.
Laman Utama

Sindir Semula Shakira, Gerard Pique Pandu Renault Twingo ‘Buruk’

gempak
17/01/2023
15:32 MYT
Berbalas-balas ya...
Laman Utama

Shakira Sindir Bekas Suami, Gerard Pique Curang Dalam Lagu Latin Barunya: “Anda Tukar Rolex Kepada Casio”

gempak
15/01/2023
13:55 MYT
Shakira muncul dengan single Latin terbarunya.