Viral

Kanak-Kanak Usia 3 Tahun Dicabul, Bakal Bapa Tiri Masukkan Jari Dalam Alat Sulit Hingga Berd*rah

gempak
Khairil Khusyairi
17/01/2025
05:20 MYT
Sponsor Banner
Kanak-Kanak Usia 3 Tahun Dicabul, Bakal Bapa Tiri Masukkan Jari Dalam Alat Sulit Hingga Berd*rah
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dimasukkan ke hospital gara-gara perbuatan jijik bakal bapa tiri.

Kesan Merah Pada Seluar

Menerusi video tersebut, kanak-kanak tersebut terbaring sambil tubuhnya menggelatar selain bahagian kelaminnya berdarah.
Menurut laporan Tribunnews, kanak-kanak perempuan tersebut menjadi mangsa cabul bakal bapa tirinya.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di Kecamatan Donorojo, Jepara, Jawa Tengah itu mula disedari ibunya apabila mendakwa anaknya ‘disentuh’ oleh jirannya gara-gara anaknya itu sering bermain di rumah jiran sekitar.
Lebih tragis, ibunya juga sendiri menemukan kesan merah pada seluar anaknya itu selepas menangis ketakutan.
Cemas dengan situasi tersebut, ibunya terus bergegas ke pusat rawatan sebelum disahkan bahawa kesan merah pada seluar anaknya sememangnya keluar daripada bahagian faraj.
Ibunya turut membuat laporan polis pada hari sama selain bakal suaminya turut menemaninya ke balai polis.

Bakal Bapa Tiri Masukkan Jari

Namun berdasarkan soal siasat, polis mendapati wujud percanggahan maklumat daripada keterangan pihak jiran, ibu serta bakal bapa tiri.
Setelah diselidik, barulah lelaki terbabit mengakui perbuatannya yang memasukkan jari kiri ke dalam alat kelamin kanak-kanak berkenaan.
Perkara terkutuk itu dilakukan sewaktu kanak-kanak tersebut meminta pertolongan untuk dicebokkan setelah selesai membuang air besar di tandas.
Difahamkan, pelaku tersebut sudahpun ditahan pihak polis dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama 15 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024