,
Viral

“Kami Yang Hilang, Keretanya Ada Di Sini!” - Sekeluarga Sesat Dalam Parking Mall, Lepas Satu Jam Baru Jumpa Kereta

Muhammad Firdaus
13/02/2024
07:55 MYT
Tular satu hantaran lucu di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang wanita dan keluarganya sesat di kawasan tempat letak kenderaan pusat beli-belah IOI Putrajaya.
Difahamkan hal itu terjadi kerana keluarga tersebut terlupa lokasi kenderaan mereka di dalam bangunan berkenaan.

BERITA TRENDING: Lelaki Bertekak Dengan Mekanik, Bayar RM8,000 Tapi Kereta Tak Repair! - "Bila Call, WhatsApp Tak Respon"

“Kami yang hilang, keretanya ada di sini, tak tahu lah kami di mana, tadi kami rasa A (parking), tapi sampainya kereta tiada.
“Lepas tu sekarang ni ada di E, cari A je hilang! Kami dah baca macam-macam ayat tak keluar-keluar juga kereta,” seloroh seorang daripada ahli keluarga berikut.
korang pernah ? pic.twitter.com/e3oTw3Sryt— ًِ (@bckupacc99) February 12, 2024 Keluarga itu bagaimanapun berjaya menemui kenderaan mereka selepas satu jam dengan pertolongan pelanggan yang berada di situ.
Menjengah ke ruangan balas entri itu, rata-rata netizen berasa terhibur dan ada juga segelintir yang menitipkan pesanan supaya tidak sesat di kawasan tempat letak kenderaan pusat beli belah.
Antara komen yang diterima:
“Saya punya tips, ingat pintu masuk kedai apa dan hafal sekeliling InsyaAllah jumpa. Kelakar bang, takpe asal orang tak hilang,”
“Bertabahlah, kena tangkap gambar lokasi parking, dekat sana salah masuk lif keluar dekat tempat lain, nampak sama tapi bukan,”
“Aku kalau pergi mall selalu tangkap gambar tiang. Trauma sebab haritu parking dekat Tamarind Square boleh sesat.”
Setakat artikel ini ditulis, entri berikut meraih 100,000 tontonan dan lebih 300 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.