,
Hiburan

“Kami Terima dan Memang Salah Kami” – Nadya Shahera Ulas Isu Pekerja Imigran

Fiza Kamarudin
28/08/2019
22:00 MYT
Mengaku bersalah kerana membenarkan imigram haram tinggal dalam sebuah premis, pelakon Nadya Syahera mengaku menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran buat dirinya dan suami.
Nadya, berkata dia serta suami akan lebih peka terhadap pengurusan pekerja dan lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Pelakon ‘Abang Bomba I Love You’ itu juga menarik nafas lega kerana kes pendakwaan terhadap suaminya Mohd Hafizul Md Nawi sudah hampir selesai.
“Sebenarnya dengan apa yang berlaku ini, saya dan suami banyak belajar contohnya lebih peka dalam pengurusan pekerja. Sememangnya perlu ada permit kalau ambil orang luar.
“Kami terima apa yang terjadi ini dan memang salah kami. Tapi, pasti di sebalik kesilapan ini ada pengajaran dan hikmah terbaik untuk kami,” katanya.Semalam, suaminya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis.
Mohd Hafizul didakwa sengaja membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis di Shah Alam pada jam 10.10 malam, 20 Februari lalu.
Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.
Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warga asing yang dibenarkan berada dalam premis.
Terdahulu, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah supaya menangguhkan keputusan hukuman pada tarikh lain di atas alasan anak guamnya tidak mempunyai cukup wang.
Hakim Saifulakmal Mod Said kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan 26 September ini untuk tarikh jatuh hukum.
Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh berkenaan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar