,
Laman Utama

"Kami Terdengar Dia Menangis" - 2 Jurugambar Jadi Hero, Selamatkan Wanita Daripada Terjun Di...

Azwa Rahman
09/03/2022
22:24 MYT
Tindakan pantas dua jurugambar berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai mahu terjun ke dala laut di Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian pada tengah hari Rabu.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, dan jurugambar The Sun, Masry Che Ani, 48, sedang menunggang motosikal dari arah Seberang Perai menuju ke pulau sebelum melihat wanita dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 3.4 jambatan terbabit.
Masry berkata, ketika itu beliau melihat wanita yang memakai topi keledar duduk di atas tembok jambatan.
"Kami terdengar dia menangis teresak-esak dan percaya mangsa mempunyai masalah sebelum cuba memujuknya supaya tidak mengambil jalan singkat.
“Saya dan Zhafaran terus menariknya bagi menghalang daripada dia terjatuh ke dalam laut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.
Masry berkata, Ahmad Zhafaran kemudian cuba menenangkan wanita berkenaan sebelum menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Zhafaran berkata, selepas berjaya menyelamatkan wanita itu, beliau berusaha memujuk mangsa yang dipercayai mempunyai masalah keluarga.
Katanya, detik cemas itu berlaku kira-kira lebih 30 minit sebelum pasukan peronda PLUS Malaysia Berhad (PLUS) tiba.
Sumber: Sinar Harian Kredit foto: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Geram Pembonceng Motosikal Lagak Samseng, Tendang & Libas Penunggang Lain Di Jambatan Pulau Pinang!

gempak
06/02/2024
15:55 MYT
Sekali lagi, Jambatan Pulau Pinang menjadi sebutan dalam kalangan netizen apabila sepotong video yang memperlihatkan dua individu melakukan aksi tendang dan libasan kepada pengguna jalan raya lain tular di media sosial
Berita

Feri Pulau Pinang Akan Dihentikan, Orang Ramai Ambil Peluang Pakat Naik Kali Terakhir

gempak
16/12/2020
01:08 MYT
Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021