,
Laman Utama

“Kami Semak Di CCTV Dan Mendapati…”- Minta Jangan Kecam Kak Long

Syafiqah Jalal
05/03/2022
01:39 MYT
Seorang lelaki yang dipercayai pengurus kedai serbaneka tampil menjelaskan insiden tular yang berlaku di salah sebuah cawangannya, berpunca daripada salah faham di antara pekerjanya dan juga pelanggan.
Menerusi video berdurasi 1 minit 10 saat yang dimuat naik di platform TikTok, pengurus kedai tersebut tampil menceritakan kembali situasi sebenar kejadian.
Menurut pengurus berkenaan, kejadian berlaku selepas salah seorang rakan kepada kanak-kanak lelaki itu didakwa mencuri dan memberitahu kepada kakitangan kedai serbaneka terbabit.
“Adik ini datang bersama tiga orang rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini telah mencuri.
“Pekerja saya telah bertanya kepada adik ini, betulkah adik mencuri? Adik ini telah berasa takut dan menangis, lantas dia berlari keluar bagi mendapatkan ibunya,” jelasnya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, pengurus kedai serbaneka itu berkata, berdasarkan semakan rakaman litar tertutup (CCTV), pihaknya mendapati kanak-kanak lelaki berkenaan tidak bersalah, malah tiada kes kecurian berlaku.
“Kami telah membuat semakan melalui CCTV dan mendapati bahawa adik ini tidak mencuri dan tiada barang yang hilang.
"Di sini telah berlaku salah faham,” ujarnya.
Susulan daripada itu, ibu kepada kanak-kanak lelaki dan juga pekerja kedai serbaneka tersebut tampil bertemu dan saling bermaaf-maafan, malah mengakui akan kesilapan serta salah faham.
“Jadi, di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengecam ibu kepada adik ini,” kata pengurus berkenaan. Sebelum ini, tular video seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya didakwa mencuri oleh seorang pekerja.
Video yang meraih lebih sejuta tontonan itu memperlihatkan ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan bertindak penuh emosi dengan meninggikan suara serta melakukan Facebook Live sebagai pengajaran kepada pelanggan-pelanggan lain dan pekerja kedai tersebut.
Perlakuan anaknya turut mencuri perhatian netizen apabila dilihat kuat memberontak dengan kerap menyepah barangan serta menendang kaunter kedai tersebut berikutan pertanyaan yang diterima.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syaffiq Sahli Teruja Ajai Bikin Lagu, Terkejut Undian Tertinggi Gimme The Mic Global!

gempak
05/10/2024
05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Syaffiq Sahli teruja apabila komposer Ajai menawarkan diri untuk mencipta sebuah lagu untuknya.
Berita

Anak Orang Kaya Bayar RM7,520 Belajar Di Universiti Awam, Kerajaan Tanggung Kos RM80,623

gempak
05/10/2024
04:55 MYT
Lebih 80 peratus subsidi yuran pengajian yang ditanggung kerajaan bagi kursus peringkat ijazah sarjana muda dan diploma di universiti awam (UA) turut dinikmati anak golongan kaya.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Hiburan

Aliff Aziz Tiada Mesej Tanya Soal Anak-Anak, Bella Astillah: “Saya Rasa Lebih Baik Begini”

gempak
04/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui bekas suami, aktor Aliff Aziz tiada menghubungi dirinya untuk bertanyakan soal anak-anak.
Hiburan

Video Prank Bergaduh Sebelum Sambut Hari Jadi Tular, Fasilitator UiTM Segamat Tampil Mohon Maaf

gempak
04/10/2024
06:49 MYT
Selepas tular video prank bergaduh di hadapan pelajar baharu dalam sesi orientasi baru-baru ini, fasilitator Universiti Teknologi Mara Segamat tampil membuat permohonan maaf.
BorakSeeni