,
Laman Utama

"Kami Sampai..." - Isteri Akui Rumah Tangga Pernah Goyah Berikutan Kontroversi Rogol Da'i Syed

Asyikin Mayudin
10/09/2023
23:45 MYT
Kontroversi yang melanda penceramah bebas dan penyanyi Da’i Syed memberi impak kepada rumah tangganya dengan pengacara Hana Ismail.
Mengakui rumah tangga sedikit terjejas, Hana memberitahu kes rogol yang melibatkan suaminya itu menimbulkan syak wasangka sehingga menyebabkan dirinya bergaduh dengan Da’i Syed.
“Tipulah kalau tak menggoyahkan sebenarnya sedikit sebanyak ia menjejaskan. Kami kadang-kadang sampai bergaduh mengenai isu ini. Macam mana kita nak menanggapi isu ini, masing-masing ada cara berbeza.
“Kadang-kadang bila ada yang menghasut seperti ini ianya mendatangkan syak wasangka kepada saya sebagai seorang isteri,” kata Hana ketika menjadi tetamu di sebuah program Podcast baru-baru ini.
Hana bagaimanapun memilih untuk muhasabah diri untuk membantu keadaan lebih tenang dan pada masa sama membuatkan rumah tangganya harmoni.
“Jadi saya berdoa, saya harap saya diberikan kekuatan dan Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kami berdua.
“Dan saya berharap agar rumah tangga kami ini kekal sampailah ke akhirnya dan ke syurga, Insya-Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Da'i Syed menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
Menurut Syed, dia tidak boleh berdiam diri apabila dakwaan tersebut dikaitkan dengan keguguran yang dialami oleh isterinya, Nurul Hana.
BACA SINI: “Saya Bukan Malaikat…” - Hana Ismail Sebak, Akui Terkesan Dakwaan Gugur Kerana Kifarah
Tindakan itu diambil selepas terdapat keratan berita mengenai kes rogol yang membabitkan seorang pendakwah bebas popular yang dimuat naik oleh wanita berkenaan.
Wanita yang mendakwa sebagai mangsa perkosa kepada pendakwah tersebut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan isteri pendakwah tersebut adalah kifarah atas perbuatan terkutuknya.
Untuk info, Da’i Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

gempak
04/09/2024
00:53 MYT
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Hiburan

Peguam Asiah Abd Jalil Beri Pandangan Mengenai Kes Da’i Syed - “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang Kerana…”

gempak
03/09/2024
01:55 MYT
Hukuman yang dikenakan kepada pendakwah bebas, Da’i Syed atas tuduhan merogol turut mendapat perhatian seorang aktivis yang juga peguam iaitu Asiah Abd Jalil.
Hiburan

Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”

gempak
02/09/2024
02:52 MYT
Pendakwah, Da’i Fuad tampil menjawab teguran penyanyi, Baby Shima yang mendakwa dirinya pilih kasih dalam memberi teguran terhadap agamawan.
Viral

Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”

gempak
02/09/2024
00:55 MYT
Kisah pendakwah selebriti, Da’i Syed yang dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan akibat merogol ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hiburan

Baby Shima Selar Tindakan Pendakwah Bebas Membisu Bila Kes Libatkan ‘Geng’ Sendiri - “Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua…”

gempak
01/09/2024
21:55 MYT
Tindakan pendakwah bebas Da'i Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Da'i Syed mendapat perhatian penyanyi Baby Shima.