,
Laman Utama

“Kami Panik Adakah Ini ‘Prank’?”- Diugut Bunuh Selepas Konsert Di Larkin, Kumpulan Radja Buat Laporan Polis

Syafiqah Jalal
12/03/2023
03:29 MYT
Kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja Band berdepan dengan situasi panik apabila menerima ancaman bunuh selepas selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru, malam tadi.
Insiden kekecohan yang berlaku pada sekitar jam 11.15 malam Sabtu itu dikatakan tercetus susulan berlaku isu salah faham antara pihak penganjur dan band berkenaan.
Difahamkan, kumpulan berkenaan telah didatangi dua individu lelaki mewakili pihak penganjur sebelum dilemparkan kata-kata kesat dan ancaman bunuh.
Menurut vokalisnya, Ian Kasela, pihaknya tidak dimaklumkan berhubung sesi 'Meet And Greet' bersama peminat dan beberapa lagi aktiviti lain yang berada di luar perbincangan.
"Kami telah didatangi oleh segerombolan orang seperti gaya ‘body guard’ datang dengan kata-kata kesat, salah seorang daripada mereka ugut untuk bunuh kami jika masih berada di sekitar Malaysia.
“Waktu itu kami masih terkejut adakah ini ‘prank’ sebab kami sudah memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu.
"Keadaan bertambah panik kerana kami datang ke Malaysia ada yang bawa anak-anak bersama tetapi pihak yang terlibat seperti tidak pedulikan situasi yang berlaku," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Dalam masa sama, Ian turuk memaklumkan berhubung sesi bergambar bersama menteri dan pihak kedutaan bagaimanapun penantian mereka di ruang menunggu tidak didatangi oleh mana-mana individu yang dimaksudkan.
Menurutnya lagi, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi kerjasama bahkan sedia untuk memberikan komitmen yang terbaik kepada pihak penganjur.
Malah, individu berkenaan dikatakan terus bertindak agresif dan mencetuskan provokasi dengan bertindak menendang meja.
Situasi yang mencetuskan panik itu juga katanya telah membuatkan kumpulan band berkenaan untuk mempertimbangkan semula untuk hadir ke Malaysia yang dijadual selepas Ramadan.
"Ikut pada perancangan, kami akan kembali ke Kuala Lumpur selepas Ramadan tetapi selepas apa yang berlaku kami jadi bimbang apatah lagi terima ancaman bunuh.
“Kami kecewa dengan pihak penganjur dan ancaman bunuh ini merupakan satu perkara yang serius walaupun kami telah berikan komitmen yang terbaik," katanya lagi.
Buat masa ini, pihaknya juga telah membuat laporan di Balai Polis Larkin dan sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke Indonesia.
Penganjuran konsert Radja Majestic Johor pada 11 Mac merupakan yang kali pertama diadakan di negeri berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.