,
Laman Utama

“Kami Minta Tour Manager The 1975 Untuk Hentikan Persembahan, Tapi…” - Penganjur Good Vibes Festival

Izwan Isa
28/07/2023
02:50 MYT

Pengarah Hiburan Future Sound Asia, selaku penganjur Good Vibes Festival, Wan Alman Ariffin menyangkal dakwaan yang mengatakan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menghentikan persembahan band The 1975 di acara berkenaan lebih awal.

Namun, disebabkan kedegilan pengurus jelajah (tour manager) pada masa itu, mereka terpaksa menggunakan bantuan pihak berkuasa untuk tindakan susulan.
“Keputusan untuk menghentikan persembahan secara total, ia bukanlah satu hal yang mudah. Kami tidak buat keputusan secara sembarangan… banyak perkara perlu diteliti sebab artis dan peminat akan terlibat.
“Jadi, apabila insiden berkenaan (vokalis The 1975 bercium dengan gitaris) berlaku, kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, namun, dia seperti keberatan untuk berbuat demikian.
“Apabila mereka tidak mahu berhenti, kami terus meminta bantuan pihak berkuasa. Kami mengambil masa beberapa minit untuk menghentikan persembahan berkenaan,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di ibu kota semalam.
Dalam pada itu, proses bayaran balik bagi penonton yang terkesan bakal diumum kelak, memandangkan pihak penganjur masih lagi meneliti cara yang sesuai.
Pada 21 Julai lalu, kerajaan Malaysia menghentikan festival muzik di Sepang dan menyekat kumpulan muzik The 1975 daripada melakukan persembahan kerana ‘tindakan tidak senonoh’ mereka.
Insiden pada malam tersebut telah mencetuskan kekecohan yang bukan saja menimbulkan kemarahan kerajaan, tetapi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkata, tindakan vokalis Matty Healy dan pemain bass Ross MacDonald boleh mendedahkan mereka kepada diskriminasi.
Susulan daripada itu, penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta memberi penjelasan susulan aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang itu.
BACA: Isu Salah Laku The 1975 Di Festival Good Vibes, Pengerusi ALIFE Akui Ia Kes Terpencil
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sikap Biadap, Penganjur Tuntut Kumpulan The 1975 Bayar Denda RM12.3 Juta

gempak
09/08/2023
13:55 MYT
Arahan itu dilakukan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.
Laman Utama

Isu Salah Laku The 1975 Di Festival Good Vibes, Pengerusi ALIFE Akui Ia Kes Terpencil

gempak
27/07/2023
08:50 MYT
Insiden The 1975 di Good Vibes merupakan kes terpencil.
Laman Utama

Pelawak Biadab Jocelyn Chia ‘Sambut’ Matty Healy Jadi Individu Yang Kena Cancelled Oleh Malaysia

gempak
24/07/2023
08:50 MYT
Jocelyn Chia terus menimbulkan rasa jelik dalam kalangan rakyat Malaysia
Laman Utama

Umat Islam Yang Pergi Menonton Konsert The 1975 Dinasihat Supaya Mohon Keampunan Allah

gempak
24/07/2023
08:20 MYT
Ini kenyataan Mufti Pulau Pinang
Laman Utama

Sheila On 7 Ganti The 1975 Di Festival, Duta: “Perkenalkan Kami Sheila On Fuc**ng 75”

gempak
24/07/2023
05:41 MYT
Terbaik penganjur!