,
Laman Utama

“Kami Mahu Dia Jalani Kehidupan Yang Normal” - Gigi Hadid Mohon Media & Peminat Kaburkan Foto Wajah Anak

Azwa Rahman
08/07/2021
01:50 MYT
Model antarabangsa terkenal Gigi Hadid memohon para media, paparazzi dan semua peminat untuk mengaburkan foto wajah anaknya, Khai untuk tujuan privasi.
Menurut pemilik nama sebenar Jelena Noura Hadid, 26, kunjungannya ke bandar New York, Amerika Syarikat baru-baru ini membuatkan ramai paparazzi dan orang awam mengambil foto anaknya yang kini berusia 9 bulan.
“Semasa bayi kita membesar, kita harus sedar bahawa kita tidak dapat melindungi mereka daripada segala perkara seperti yang kita inginkan. Dia suka melihat dunia!
“Semasa kunjungan kami ke NYC, dia mahu menikmati matahari dan mahu penutup kereta sorongnya dibuka. Dia tidak faham kenapa kami menutup wajah dan melindunginya di bandar ini. “Kepada semua media, paparazzi dan peminat, kami tidak pernah berkongsi wajah anak kami di media sosial. Harapan kami agar dia sendiri yang memilih untuk berkongsi dirinya kepada dunia apabila tiba usia yang sesuai. Kami mahu dia menjalani kehidupan kanak-kanak yang normal, tanpa perlu risau dengan tanggapan umum.
“Semasa kami membawanya berjalan-jalan di NYC, tolong tolong tolong kaburkan wajah dia, jika anda ada terambil gambarnya,” jelas Gigi menerusi satu ciapan di Twitter.
Selain itu, pasangan penyanyi terkenal Zayn Malik itu turut meluahkan penghargaan kepada golongan paparazzi yang telah menghormati permintaannya.
“Sebagai seseorang yang baru bergelar ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya. Semua ibu pun begitu.
“Saya ingin berterima kasih kepada paparazzi yang menghormati permintaan saya bila mana saya meminta mereka memberikan ruang ketika saya menolak kereta sorong bayi,” katanya lagi.
Sekadar info, Gigi dan Zayn menyambut kelahiran anak perempuan mereka pada 23 September 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Minum Ubat Batuk Cap Ibu & Anak Untuk Jaga Vokal, Perkongsian Zayn Malik Curi Perhatian Netizen Malaysia

gempak
06/06/2024
13:55 MYT
Penyanyi antarabangsa, Zayn Malik baru-baru ini mencuri perhatian netizen Malaysia apabila dirinya berkongsi amalan meminum satu cecair bagi menjaga suaranya.
Viral

Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

gempak
02/06/2024
12:55 MYT
Berita mengenai derma itu datang hanya beberapa hari selepas Bella Hadid membuat kenyataan semasa lawatannya ke Cannes baru-baru ini.
Hollywood

Kenal Di Tinder, Wanita Dakwa Zayn Malik 40 Kali Ajak Lakukan S*ks Bertiga?

gempak
14/02/2024
15:47 MYT
Seorang pengguna Tik Tok wanita yang dikenali sebagai Sam Fisher membuat pengakuan kontroversi mengenai penyanyi Zayn Malik.
Laman Utama

Lantang Bersuara Isu Palestin, Bella Hadid & Keluarga Terima Ugutan Bunuh!

gempak
18/10/2023
04:20 MYT
Bella, Gigi dan keluarga buat laporan polis.
Laman Utama

Gigi Hadid Mengaku Bawa Marijuana Ke Pulau Cayman

gempak
19/07/2023
12:20 MYT
Gigi Hadid ditahan pihak berkuasa.