gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ajai Kongsi Keadaan Terbaharu Mamat, Doa Semakin Sihat Di Pengasih- “Kami Simpan Dia Untuk…”
RANCANGAN
GMW Giveaway: LaLaLa Festival 2025
RANCANGAN
GMW Giveaway: Konsert Insomniacks – Echoes of a Dream
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Kami Berdoa Eda Ezrin Dibebaskan Lebih Awal Untuk Sambut Aidiladha Bersama" - Bapa

Gempak
Gempak
29/05/2025
07:17 MYT
Sponsor Banner
"Kami Berdoa Eda Ezrin Dibebaskan Lebih Awal Untuk Sambut Aidiladha Bersama" - Bapa
Bapa penyanyi dikir barat, Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin berharap anaknya dapat dibebaskan lebih awal bagi membolehkan mereka menyambut hari Aidiladha bersama pada minggu depan.
Wan Ismail Wan Yusuf, 52, berkata tempoh tahanan anak perempuannya dijangka tamat pada 10 Jun ini sekiranya pihak pendakwa raya tidak membuat rayuan untuk melanjutkan tempoh tahanan itu.
Beliau berkata, jika pihak pendakwa raya membuat rayuan, tempoh tahanan bagi Eda Ezrin dan suaminya serta empat rakan mereka akan dilanjut sehingga 6 Julai.
"Jadi, saya sangat berharap pihak pendakwa raya tidak membuat rayuan dan Eda Ezrin boleh dibebaskan lebih awal.
"Sebenarnya, kami sekeluarga berdoa anak dapat bebas lebih awal dari tempoh itu bagi membolehkan kami menyambut Aidiladha bersama.
"Dua cucu saya iaitu anak Eda Ezrin yang berusia lima dan sembilan tahun juga terlalu rindukan ibu mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Eda Ezrin yang juga penyanyi lagu Bea Sobar Bea bersama suami dan empat lagi rakan dijangka bebas daripada Penjara Wilayah Narathiwat pada 10 Jun depan selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat membenarkan permohonan pendakwa raya melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap mereka.
Pada 6 Mac lalu, mahkamah yang bersidang selama tiga hari iaitu 11, 13 dan 14 Februari membebaskan Eda Ezrin; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, daripada tuduhan secara bersama memiliki untuk menjual 6,059 biji pil methamphetamine.
Wan Ismail berkata, persiapan hari raya Aidiladha kali ini hanya seperti biasa tanpa melakukan majlis korban.
Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya Eda Ezrin dibebaskan lebih awal, mereka bercadang mengadakan majlis kesyukuran dan sambutan secara kecil-kecilan.
Sumber: BH
Topic Berkaitan
#Penjara
#Bapa
#Aidiladha
#Narathiwat
#Eda Ezrin
#Pil Kuda
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement