HIBURAN
Kambing ‘Grill’ Laku, Netizen Puji Zara Zya Tak Malu Berniaga Di Bazar Ramadan - “Rajin Cari Rezeki…”
Ramai selebriti yang mengambil peluang untuk menambah pendapatan mereka dengan berniaga di bazar Ramadan sempena bulan puasa tahun ini dan antaranya pelakon Zara Zya.
Berniaga di bazar
Pelakon drama ‘Dia Imamku’ ini dilihat bergiat aktif berkongsi perniagaanya menjual kambing ‘grill’ di sebuah bazar Ramadan.
Malah, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut meluahkan rasa syukur apabila menerima sambutan yang hebat.
“Alhamdulillah, tak menang tangan. Terima kasih kepada anda semua yang support perniagaan saya,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut memuji sikap Zara yang tidak segan untuk turun padang menjual sendiri di bazar tersebut selain ada juga yang mengaitkan wataknya iaitu Lily dalam drama ‘Dia Imamku’.
ARTIKEL BERKAITAN:
ARTIKEL BERKAITAN: "Beberapa Kali Raya, Saya Berdua Dengan Mama Tak Tahu Nak Pergi Mana" - Emosi Zara Zya Terganggu, Enggan Ulas Hubungan Dengan Bapa
ARTIKEL BERKAITAN: Keluar Masuk Hospital Sejak Tahun Lalu, Zara Zya Diuji Pelbagai Penyakit - “Ingatkan Keadaan Saya Okay, Rupa-Rupanya…”
“Artis pun meniaga. Alhamdulillah… rajin cari rezeki, Allah pasti bagi. Bukan macam orang jenis yang suka mengeluh salahkn kerajaan tapi tak nak usaha cari.
“Bagus berniaga tak malu... teruskan usaha Insya-Allah berjaya.
“Pagi nasi lemak, kuih-muih, petang bazar pula, kak Lily memang kuat,” komen netizen.
Selepas kejayaan Takdir Itu Milik Aku dan Andai Itu Takdirnya, Siti Rosmizah kembali dengan satu lagi karya hebat berjudul Dia Imamku.
Saksikan Dia Imamku, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan strim eksklusif di Astro One dan sooka.
Sinopsis:
Drama 52 episod ini mengisahkan Cempaka Humairah (Siti Saleha), seorang wanita jelita yang terpaksa menjalinkan hubungan dengan Budin (Kamal Adli), seorang pemandu.
Walaupun diherdik dan diuji emosi setiap hari, takdir tetap menemukan cinta antara mereka.
Perjalanan kisah mereka dipenuhi dengan konflik ego, perasaan dan kesabaran, menjadikan Dia Imamku bukan sekadar kisah cinta biasa, tetapi satu perjalanan emosi yang bakal meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
@zarazyaofficial Alhamdulillah.. semalam tak menang tangan. Terima kasih pada anda semua yang support @PERAP99 ♬ UBUR UBUR IKAN LELE SLOWED BY RZK - 𝙍𝙕𝙆
Must-Watch Video