,
Gaya Hidup

"Kali Ni Juri Bijak Memilih" - Shweta Sekhon Dinobat Miss Universe Malaysia, Ramai Teruja!

Amri Hassan
08/03/2019
07:21 MYT
Gadis berketurunan Punjabi, Shweta Sekhon, 22, dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2019.
Kejuaraan Shweta tahun ini selain menepati ramalan ramai, pemilihan untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik itu dipersetujui ramai.
Malah, ada yang mencadangkan pihak organisasi menghantar Shweta untuk mengikuti kursus di Filipina yang terkenal dengan kualiti dan populariti dalam pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe.
"Suggest to send her to Philippines for training," cadang salah seorang peminat di akaun rasmi Miss Universe Malaysia.
"Kali ini juri bijak memilih," puji pengguna lain pula.
Malam tadi telah berlangsung pusingan akhir di Hotel Majestic Kuala Lumpur yang telah mengiktiraf Shweta sebagai juara sekali gus mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2019 pada pertengahan tahun ni.
Shweta menewaskan 18 peserta lain sebelum diumumkan sebagai juara.
Shweta yang bekerja sebagai model sambilan ini menerima hadiah wang tunai dan hadiah tajaan bernilai RM180,000 serta biasiswa pendidikan penuh dari HELP University.
Tiga finalis yang bersaing rapat dengan Shweta ialah Tessminderjit Kaur, 23, Lee Su Hsien, 25, dan Frist Yaw Hui Jing, 25.
Fakta menarik mengenai Shweta, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pernah memenangi pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 2016.
Tahniah buat Shweta dan selamat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Viral

Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak

gempak
06/05/2024
14:50 MYT
Seorang peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Ecuador  menemui ajal sejurus berkongsi foto menu makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran baru-baru ini.
Laman Utama

Peluang Emas Wanita Bersaiz Besar! Miss & Mrs Plus World Malaysia Kembali Cari Calon Terbaik; Cantik, Bijak & Yakin Diri

gempak
31/10/2023
15:59 MYT
40 calon telah disenarai pendek!