,
Laman Utama

"Kalau Tak Sedap Saya Tak Terima ..." - Khai Bahar

Amri Hassan
07/02/2022
02:57 MYT
Keikhlasan penyanyi dan komposer, Khai Bahar membuat ulasan produk dan mempromosikannya di Instagram (IG) dan platform media sosial lain menarik ramai pihak untuk menyuntingnya sebagai duta atau wajah wakilan.
Namun rezeki baru baru ini turut menyebelahinya hingga bergelar saudagar produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin jenama Chocoalbab.
Mengikut susur galur asal, tawaran jenama itu diterimanya Oktober tahun lalu. Namun ketika itu, lamaran itu ditolak dengan baik kerana terikat dengan pelbagai komitmen lain termasuk menyanyi dan berlakon.
"Tapi usaha pihak jenama itu tak pernah kenal istilah putus asa. Tak boleh cara begitu dan begini, mereka guna pula insan yang saya baik. Nampaknya menjadi juga usaha itu kerana saya akhirnya mengalah.
"Tambah pula saya penggemar coklat. Siapa yang tak suka coklat? Dipendekkan cerita sejak Januari lalu, saya 'diikat' mereka untuk tempoh tertentu. Kalau mereka berpuas hati, insya-Allah berpanjanganlah 'jodoh' kami.
"Saya pun bukan jenis yang sesuka hati mempromosikan produk makanan khususnya. Kalau tak sedap, saya takkan terima jadi duta. Saya tak mahu dilihat seperti 'munafik' mempromosikan makanan tak sedap hanya kerana dibayar," katanya.
Bayaran Lumayan?
Kata Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 27, sudah terbiasa menjadi sikap dan tabiatnya melakukan sesuatu dengan ikhlas.
Jadi tidak pelik, pemilik empayar jenama produk itu memuji sikap tidak berkira penyanyi lagu Luluh berkenaan yang pernah melakukan promosi produk itu lebih 19 kali dalam tempoh sebulan tanpa mengenal waktu.
"Saya bukan nak tunjuk baik. Cuma ia lebih kepada sikap hakiki manusia. Saya percaya orang lain pun mungkin akan buat benda sama.
"Makanan sedap wajar dikongsi. Lagipun orang bayar kita jadi duta, semestinya kena ligat promosi. Perasaan semangat nak promosi produk ini menjadi jadi kerana macam saya katakan tadi, segala jenis makanan berasaskan coklat menjadi kegemaran.
"Dalam hal berlebih lebih mempromosikan ini daripada apa yang ditetapkan, saya percaya ia berbalik kepada soal timbal balik sesuatu perkara. Mungkin sudah jadi sikap saya sebegitu.
"Pemilik jenama itu pun bersikap profesional dan tidak berkira, jadi saya pun tak kisah nak 'belanja' lebih mempromosikannya. Orang baik dengan kita, tak salah kita buat benda sama," tambahnya.
Diusik persoalan apakah tindakannya itu mungkin didorong bayaran yang diterima dan difahamkan cukup lumayan, Khai hanya tersenyum.
"Cukuplah saya katakan ia sangat memuaskan hati saya. Di sebalik lamaran jenama ini yang ditolak pada mulanya, saya percaya ada hikmah dan rezeki tertulis.
"Tambah dengan situasi pandemik COVID-19 yang masih berlarutan di negara kita, saya harus fikir soal ke depan. Saya kena bijak berbelanja dan melakukan simpanan untuk hari tua.
"Biarpun agenda dan aktiviti seni sudah diberi kelonggaran, saya percaya kita kena bersedia menjana pendapatan lain. Kita tak tahu apa yang mungkin terjadi esok, lusa," katanya.
Shooting 12 Jam
Tambah anak jati kelahiran Perlis ini lagi, paling mengujakan apabila penggambaran video promosi jenama itu memakan masa hampir 12 jam.
"Bayangkan dalam tempoh itu demi mendapatkan sudut terbaik dan memuaskan hati pihak jenama, saya sampai kena makan berpuluh puluh tub coklat itu.
"Mujurlah yang masuk perut, makanan disukai. Jadi, layanlah juga. Penat itu biasalah, tapi ditolak ketepi. Janji semua 'happy' dan puas hati," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khai yang baru melancarkan single terbaharu berjudul Damba sedang menanti hari untuk menjayakan Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar pada 12 Februari ini di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ Pac).
Jenama bijirin campuran coklat dan kacang Almond premium itu dilancarkan April tahun lalu oleh pengasasnya, Said Saiful Fazli di bawah syarikat CLA Empire Sdn Bhd.
Didatangkan dengan tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch, jenama dengan tagline Hidup Biarlah Sedap itu mensasarkan jualan satu juta tub dalam sebulan selain dieksport ke Indonesia, Brunei dan Thailand.
Pengedarnya kini melebihi 2000 orang di seluruh Malaysia. Bulan pertama dilancarkan, sebanyak 50,000 tub berjaya terjual.
Perkataan albab dalam jenama itu diambil dari bahasa Arab yang membawa maksud “Pintu” yakni memberi makna lebih tepat kepada Pintu Rezeki dan Pintu Kebahagiaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar