,
Laman Utama

"Kalau Tak Dicuit Saya Mungkin Tak Sedar" - Isu KWSP Pekerja Dah Selesai, Shuib Tak Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang

Amri Hassan
27/11/2023
01:55 MYT
Pelawak dan usahawan Shuib memberitahu isu kelewatan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syarikat minuman Bubble Bee miliknya sudah selesai.

BERITA TRENDING: Pengurusan Lama Jadi Punca! Mahu Selesaikan Cepat, Shuib Dah Jumpa KWSP Lunas Bayaran Secara...

Jelas Shuib, pihaknya sudah berhubung dengan KWSP bagi pembayaran secara ansuran selain kira-kira 300 pekerjanya juga sudah dimaklumkan mengenai hal itu.
"Mengenai isu KWSP yang tular baru-baru ini, semuanya saya ambil sebagai 'wake up call' dan satu pengajaran kepada Bubble Bee tetapi dalam masa sama kita sangat komited serta positif.
"Maksudnya, segala permasalahan mengenai KWSP sudah selesai. Pekerja sudah mendapat memo dan kiriman e-mel selain sedia faham mengenai status (pembayaran) KWSP," katanya kepada Gempak.
Shuib ditemui pada majlis perasmian outlet terbaharu Bubble Bee di Masjid Tanah, Melaka pada Ahad.

PILIHAN PEMBACA: Lambat Bayar Gaji, Tak Carum KWSP, Individu Layang Surat Terbuka Untuk Bubble Bee - “Majikan...

Tambah Shuib lagi, biarpun isu itu memberi tekanan kepada dirinya, namun dia tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertindak menularkan isu itu.
"Ini satu 'tembakan' buat diri ini, tetapi saya ambil positif kerana dalam kehidupan kalau tidak dicuit tidak perasan.
"Bukan untuk cari salah tetapi kita hendak bersua atau berdepan dan selesaikan dengan cara baik. Jika ada masalah, cerita dengan baik dan saya akan bertanggungjawab.
"Kita ada ramai pekerja tetapi disebabkan dua, tiga orang ini buatkan yang lain tidak yakin. Untuk (tindakan) saman tidak, tidak baik kerana saya anggap ini teguran berhemah dan bermanfaat," katanya.
Mengulas kedudukan kewangan syarikat yang dikatakan berdepan masalah, kata Shuib lagi, syarikat minumannya itu berada dalam keadaan stabil dan kini dalam proses penukaran konsep baharu di semua 45 cawangan di Semenanjung Malaysia.
"Kedudukan kewangan semakin stabil atas sokongan luar biasa berdasarkan hasil jualan dan bantuan pihak bank memandangkan kami adalah syarikat Bumiputera.
"Kami dalam proses tukar konsep baharu, kerja 'rebranding' sudah dibuat sejak awal tahun lagi, selain turut bercadang membuka cawangan baharu di Sandakan, Sabah pada tahun hadapan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, selepas hampir empat tahun beroperasi, Bubble Bee seluruh Malaysia akan melalui proses transformasi konsep dan warna yang menyuntik elemen organik dengan warna hijau namun mengekalkan warna kuning sebagai asas.
Proses secara berperingkat itu dimulakan dengan outlet di Masjid Tanah, Melaka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
17/09/2024
03:20 MYT
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Shuib Buat Kejutan, Watie Hanifiah Menjerit Kegembiraan Dapat Sejambak Bunga Ros - “Selalu Dia Bagi Sekuntum, Tapi Kali Ini…”

gempak
11/09/2024
02:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menjerit kegembiraan apabila menerima kejutan daripada suaminya yang menghadiahkan sejambak bunga ros merah secara tiba-tiba.
Viral

Netizen Puaka Musykil Warna Muka, Tangan, Kaki Tak Sama, Rupanya Prince Syed Kacukan Arab & Cina - “Aku Tak Maafkan Dunia Akhirat Cara Kau Cakap Macam Ni”

gempak
10/09/2024
02:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan viral, Prince Syed menegur sikap netizen yang dianggap seolah-olah sentiasa mencari keburukan dirinya.