,
Berita

"Kalau Tak Berlakon Kerja Dia Gerai Char Kuey Teow Je" -Hafreez Adam Diperlekeh Netizen, Ini Jawapannya...

ZULHILMI JALIL
10/01/2020
11:16 MYT
Pelakon Hafreez Adam mendedahkan bahawa terdapat individu yang memperlekehkan dirinya yang menjalankan bisnes kecil-kecilan dengan membuka gerai makanan. char kuey teow.
Perkara itu dikongsikan Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 30, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam perkongsian itu, Hafreez memaparkan paparan perbualan menerusi direct message (DM) di Instagram yang dikirimkan kepadanya.
Mesej tersebut kedengaran seolah-olah memandang rendah dengan usaha Hafreez untuk mencari pendapatan dengan membuka gerai.
"Kalau tak berlakon kerja dia gerai char kuey teow je. Susah lah..pergilah belajar degree, sekurang-kurangnya ada ilmu pengetahuan.
"Muda-muda mesti belajar, jangan buang masa," tulis individu berkenaan.
Bagaimanapun, Hafreez kemudian menjelaskan bahawa dia tidak pernah malu untuk dilihat sebagai seorang peniaga gerai.
Katanya, sekurang-kurangnya dia berusaha untuk mencari rezeki halal bagi membantu keluarga.
"Je? tetapi saya pandang dari sudut positif. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.
"Sekurang-kurangnya Allah bagi jalan untuk saya tolong keluarga juga. Muda-muda ni lah kena kerja keras juga. Nanti jemput datang ke gerai saya ye Datin. Saya belanja char kuey teow," balas pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu.
Pada masa sama, Hafreez turut menasihati anak muda agar tidak pernah berasa malu dengan sebarang pekerjaan halal yang dilakukan.
"Abe cuma nak pesan dekat anak-anak muda yang lain. Jangan putus asa dan jangan malu dalam mencari rezeki selagi korang tahu niat korang.
"Kerja untuk keluarga dan masa depan korang, bukan untuk dibandingkan dengan rezeki orang lain. Rezeki masing-masing," luahnya.
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan Hafreez.
"Betul tu.. Jangan pernah malu dan putus ada nak cari rezeki untuk keluarga.
"Dia tak tahu orang berniaga ni lagu mahsyuk," tulis sebahagian netizen.
Selain berlakon, Hafreez juga berniaga char kuey teow dengan membuka gerai di Enjoy's Corner, Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.