,
Laman Utama

“Kalau Suami Lemah & Lambat…Salah Ke Saya Queen Control?" – Sheira Dedah Siapa Paling Dominan Dalam Perkahwinan

Syafiqah Jalal
05/04/2021
08:50 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Sheira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah, 46, mendedahkan dirinya lebih dominan di dalam rumah tangga berbading suaminya, Ijoy.
Pun begitu, kata Sheira meskipun dia dilihat seperti ‘queen control’ namun dia tidak pernah menghalang suaminya untuk bebas melakukan hobinya.
“Kalau suami saya lemah dan soft spoken serta lambat buat keputusan, salahkah saya queen control?
“Memang sekarang ini orang tengok kesian suami saya kerana dapat isteri queen control tapi sebenarnya saya bukan isteri yang mengongkong dia.
“Kadang-kadang dia di rumah pun tak angkat pinggan lepas makan, saya tak tegur itu memang sikap dia seorang lelaki. Malah saya benarkan dia keluar untuk bermain golf atau sebagainya.
“Mungkin orang nampak saya dominan kerana saya sahaja keluar bekerja dan beli barang rumah tapi ini kan perkahwinan…tak perlu berkira dan berharap asalkan kita gembira,” katanya.
Sheira mendedahkan perkara tersebut di episod ke enam Borak Kelamin yang bakal ditayangkan pada 9 malam ini.
Menerusi program tersebut Sheira yang dijemput bersama suaminya Ijoy berkongsi sama ada siapakah antara mereka yang lebih dominan dalam perkahwinan.
Shira mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ijoy dan dikurniakan empat cahaya mata, Airell, Airra, Audrra dan Adeena.
Terdahulu, Shira mempunyai anak perempuan, Allisya, hasil perkahwinan pertamanya bersama vokalis Black Dog Bone, Jatt.
Episod pada malam ini turut disertai pensyarah pakar motivasi wanita Dr. Norwati Mansor untuk mengupas sejauh mana sifat dominan dalam perkahwinan seorang isteri atau suami boleh menjamin kebahagian rumah tangga.
“Queen control ini ada tiga peringkat dan bahaya atau tidak ia dalam institusi perkahwinan ini ia perlu dilihat dalam peringkat ini supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan,” jelasnya.
Salahkan isteri queen control atau dominan dalam perkahwinan? Jangan lupa saksikan Borak Kelamin yang ditayangkan selama 60 minit ini secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ina Naim Sangkal Dakwaan Didera & Hidup Naif Ketika Bersama Arwah Suhaimi Saad, Anggap Tiada Peti Ais Bukan Isu Besar - “Yang Penting Adalah…”

gempak
24/11/2024
12:50 MYT
Nama Ina Naim kembali menjadi sebutan di media sosial apabila muncul di sebuah video milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Gaya Hidup

23 Tahun Tak Sentuh Nasi, Pengantin Lelaki Minta Isteri Masak Western Hari-Hari - “Jangan Paksa Makan Nanti…”

gempak
12/11/2024
18:55 MYT
Menurut Ammar, dia tidak boleh dipaksa memakan nasi dan kali terakhir dia menjamah makanan ruji itu adalah pada usia lima tahun.
Unitar